• Shaklee Cares : Program Kemasyarakatan Terbaru Shaklee Untuk Semua !

    Tanpa kita sedari atau tidak, Shaklee telahpun  menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia melebihi 20 tahun yang lalu. Satu tempoh yang sangat lama kan? Shaklee juga komited dalam memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat. Malah penubuhan Shaklee Cares merupakan inisiatif terbaru Shaklee dalam membantu dan mempromosikan gaya hidup sihat kepada kaum wanita dan generasi muda. Sejak setahun yang lalu, Shaklee juga telah menyumbang lebih RM16 juta kepada program program kebajikan di Malaysia.

    Duta Shaklee Malaysia

    3 Saluran Shaklee Cares

    Di Malaysia, terdapat 3 saluran berbeza untuk Shaklee Cares di mana setiap satunya mempunyai inisiatif yang berbeza : Shaklee Cares for our Children, Shaklee Cares for Our Youth dan Shaklee Cares for our Women.

    Shaklee Cares for Our Children bertujuan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kanak-kanak di Malaysia dengan memberikan bantuan nutrisi. Malah pada tahun lepas , Shaklee telah membekalkan bantuan nutrisi kepada lebih 50,000 di Malaysia melalui beberapa badan amal untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti:

    • MyKasih Foundation
    • Malaysia Red Crescent
    • PACOS Trust (Partners of Community Organizations in Sabah)
    • NCWO (National Council Women Organization)
    • SAWO (Sabah Action Women Organization)
    • WIN (Wanita Inspirasi Negara)

    Program Amal Shaklee MyKasih 1 Juta

    Shaklee Cares for Our Youth pula menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan belia melalui penajaan aktiviti dan program sukan. Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah memberi tajaan kepada beberapa program seperti Penang StarWalk 2015, Walk Wheelathon 2015, STAR Fit For Life 2015, Subang Jaya 10KM Run & Kayuhan Hari Sukan Negara 2015 yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2015. Malah Mek ila sendiri berkesempatan mengikuti Subang Jaya 10KM Run yang diadakan baru -baru ini. Memang best!

    SJ Larian 10 KM Shaklee

    Shaklee Cares for Our Women pula bertujuan membantu para wanita menaik taraf kehidupan mereka dan kesejahteraan hidup melalui program yang memberi fokus kepada jati diri, bantuan permulaan perniagaan, program bimbingan dan program gaya hidup sihat. Malah Shaklee Malaysia juga telah melantik Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sebagai duta Shaklee Cares.

    InsyaAllah, nanti Mek ila akan update kan lagi program program Shaklee Cares terutama untuk para wanita seperti kita. Ambillah peluang ini dan gapailah impian anda untuk hidup yang lebih baik.

    Jumpa Lagi!

    poster page 1poster page 1

    (Visited 156 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: , , , , ,

    3 thoughts on “Shaklee Cares : Program Kemasyarakatan Terbaru Shaklee Untuk Semua !

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge