• 4 Petua Atasi Selsema Tanpa Makan Ubat Bagi Ibu Menyusu

    Teringat kenangan lalu semasa menyusukan Akmal dan Arif. Ada dalam 2 kali juga rasanya Mek ila kena selsema. Salah satunya akibat daripada terhidu habuk kertas lama ketika mengemas di dalam stor. Memang rasa nak demam juga dibuatnya.

    Mek ila pula memang jenis yang malas nak ke klinik seandainya masalah yang dihadapi itu kecil dan boleh dirawat sendiri di rumah. Sebagaimana yang kita tahu, selsema ini adalah disebabkan serangan virus. Ubat-ubat selsema di pasaran pula banyak mengandungi antihistamin yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu kerana ianya boleh meresap di dalam susu dan memberikan kesan kepada bayi.

    Cara Redakan Selsema Tanpa Makan Ubat

    Jadi di bawah ini Mek ila kongsikan pada pembaca semua beberapa tips mudah yang boleh kita amalkan agar selsema pulih lebih cepat dan berkurangan.

    Tips Redakan Selsema Tanpa Makan Ubat


    Tips 1
    Rajin-rajin bersihkan hidung dengan memasukkan air ke dalam rongga hidung seperti ketika berwudhu’ sebanyak tiga kali. Ia dapat mengeluarkan kekotoran/ selsema di dalam hidung dan mengelakkan jangkitan. Mek ila pernah baca bahawa ada banyak manfaat yang boleh kita perolehi sekiranya konsisten dalam mengerjakan istinsyaq ini iaitu memasukkan air ke dalam rongga hidung setiap kali kita berwudhu’.

    Tatacara Wudhu

    Kredit: fiksparoow.blogspot.com


    Tips 2
    Minum secawan air didihan beras. Ketika beras yang dimasak sedang mendidih, ambil secawaan airnya dan minum ketika telah suam. Cara ni pun boleh digunakan jika kita cirit birit, InsyaAllah berkesan. Cuma  pastikan ketika masak nasi tu, airnya dilebihkan. Jika tak,  mentah pula nasi nanti.

    air didihan beras


    Tips 3

    Kunyah bawang putih. Seperti yang kita tahu bawang putih mengandungi khasiat yang tinggi dalam kesihatan. Bawang putih digunakan secara tradisional untuk melawan jangkitan dan juga untuk menguatkan imun. Kalau tak lalu sangat nak telan bawang putih, boleh makan Garlic Shaklee ni.


    Tips 4

    Makan buah-buahan yang kaya Vitamin C seperti oren dan strawberry. Ia dapat membantu menguatkan imun badan dan melawan jangkitan selsema. Sebagai alternatif Mek ila akan ambil 2 biji Vitamin C atau kunyah vitamin C anak-anak. Alhamdulillah ia memang bantu.

    Sebenarnya ada banyak juga petua lain yang boleh dipraktiskan seperti mewapkan muka kita di atas permukaan air yang panas atau menggunakan kunyit. InsyaAllah nanti Mek ila kongsikan lagi.

    Sustained Release Vitamin C

    Oh ye, sebelum terlupa Vitamin C adalah antihistamin semulajadi yang selamat dan sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang selsema atau demam. Ia membantu menguatkan imun tubuh untuk melawan penyakit dan sangat mesra pada penyusuan. Mengikut pengalaman Mek ila sendiri, jika serangan virus yang kecil sahaja, biasanya selsema atau demam pun terus tak jadi lepas amalkan Vitamin C.

    Baca: Menyusukan Bayi Ketika Demam

    Ok, sampai jumpa lagi ye. Jaga diri & moga kita semua sihat selalu.

    (Visited 2,008 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Panduan Penyusuan, Produk Shaklee

    Tags: , , , ,

    3 thoughts on “4 Petua Atasi Selsema Tanpa Makan Ubat Bagi Ibu Menyusu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge