-
Kisah Selfie dan Penyusuan Susu Ibu
Mek ila percaya ramai pembaca yang telah pun membaca atau terbaca tentang kisah selfie ibu ketika menyusukan bayi yang sangat hangat diperkatakan semalam. Malah boleh dikatakan semua group penyusuan yang Mek ila join menceritakan tentang perkara ini sehinggalah di group whatsapp juga. Ada juga yang mesej dan tanyakan pendapat Mek ila tentang perkara ini.
Sejujurnya Mek ila juga punyai beberapa pandangan berkaitan perkara ini. Tidak menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat, perkara ini sebenarnya boleh dijadikan iktibar kepada semua.
Penyusuan Susu Ibu Penuh Dengan Dugaan
Tahukah pembaca semua, sebenarnya bukan mudah untuk mempromosikan penyusuan susu ibu di kalangan ibu ibu muda dan berkerjaya. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi. Ada yang tidak mendapat sokongan daripada majikan untuk meneruskan penyusuan di tempat kerja. Ada yang kurang mendapat sokongan daripada suami malah ada juga yang mempunyai masalah dari segi supply susu itu sendiri.
Penyusuan susu ibu tidak mendatangkan keuntungan seperti jualan susu formula, maka amat sukar untuk kita mencari individu atau agensi yang sanggup mempromosikan nya hingga ke dalam TV dan juga radio. Maka, pengwujudan badan-badan NGO dan pertubuhan yang menyokong penyusuan ini sangat-sangat membantu ibu-ibu muda dalam memberikan keyakinan dan sokongan untuk meneruskan penyusuan susu ibu yang diharapkan.
Atas dasar inilah, banyak group-group sokongan susu ibu yang ditubuhkan untuk mereka sama sama berkongsi maklumat dan mendapatkan sokongan tentang susu ibu.
Kisah Selfie Ibu Menyusu
Daripada sumber yang tepat, dikatakan gambar gambar yang disebarkan itu sebenarnya adalah daripada salah satu group sokongan penyusuan. Dalam erti kata lain gambar itu bukan untuk tontonan umum, kaum lelaki atau untuk disebarkan dengan cara yang tidak berhemah. Ianya dikongsi sekadar menunjukkan bahawa tiada halangan untuk ibu ibu menyusukan anak mereka walau di mana sahaja. Ianya satu motivasi bagi mereka yang mungkin menganggap penyusuan itu sukar dan melecehkan.
Maka layakkah ibu-ibu muda tadi dihukum begitu teruk hanya kerana perkara sebegini yang mungkin dapat memberikan motivasi kepada ibu ibu yang memerlukan? Bukan hanya itu malah ada juga yang turut mencari kesalahan suami atau ibu bapa mereka. Adilkan begitu? Bagaimana pula dengan kita yang meviralkan perkara ini dengan bahasa yang kurang sopan? Adakah kerana ianya juga kegagalan suami/isteri atau ibu dan ayah kita mengajar kita erti kesopanan dan menghormati orang lain?
Bukan Kita Orang Yang Tepat Untuk Berbicara Tentang Hukum
Mengapa Mek ila kata begini? Islam itu adalah agama yang lengkap dan syumul. Dalam erti kata lain, Mek ila mengajak juga pembaca semua untuk kembali mendalami ajaran Islam secara sepenuhnya. Hukum selfie itu sendiri dan kemudiannya dipertontonkan di media sosial yang ahlinya bukan mahram sahaja sudah mampu menjebakkan kita pada fitnah dan dosa walaupun kita berpakaian menutup aurat. Hukum yang sama pada wanita dan juga lelaki sama ada bujang mahupun telah berkahwin. Apa lagi bila selfie itu bertujuan untuk mendapat pujian seperti ‘ wah handsomenya dia, cantiknya awek ni’.
Belum lagi selfie pakwe makwe, pasangan kekasih atau teman tapi mesra yang pelbagai aksi. Bercuti pula di tempat tempat yang boleh menimbulkan fitnah.
Ada yang kata
“Ini page saya, ini wall saya, terpulanglah saya nak tulis apa,letak gambar apa. Tak suka jangan baca, jangan tengok”.
Ya benar, tapi jangan lupa janji Allah bahawa setiap anggota kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Mereka akan berkata kata tentang apa yang mereka lakukan. Maka, mampukah kita berbicara sebegitu nanti di hadapan Allah?
Jadilah Pendakwah Yang Berhikmah
Tidak salah untuk memberi teguran. Namun gunakanlah kata kata yang sopan dan mampu menyedarkan orang yang membacanya. Jangan diviralkan kesalahan orang lain hanya semata mata untuk menunjukkan rasa bangga kita dapat berkongsikannya. Akibat gambar itu, ramai yang berbalah dan turut keluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Yang paling banyak berbalah ialah umat Islam itu sendiri.
Tak kira apa pun agama dan kepercayaan kita, kita masih perlu saling menghormati. Benar, ibu- ibu perlukan hak untuk menyusukan anak di tempat awam, tapi dengan cara yang terjaga auratnya. Jangan kita tiru cara yang kurang betul pula. Sebab Mek ila sendiri pernah ternampak ibu yang menyusukan anak secara open dan menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Hentikan Viral YangTidak Berfaedah Ini
Perkara yang sensasi memang mudah untuk diviralkan berbanding perkara yang berbentuk ilmiah. Itulah hakikatnya. Jadi Mek ila berharap agar kita semua hentikan viral ini, kembali memperbaiki diri dan sama sama menyokong untuk kebaikan susu ibu ini.
Yang baik itu sudah semestinya atas keizinan Allah dan yang salah atas kelemahan diri Mek ila sendiri.(Visited 464 times, 1 visits today)Penggemar Kambing Bakar? Maka Wajib Cuba Kambing Bakar Malaya Kajang Yang Sangat Sedap Vitamin Shaklee Untuk Slip Disc atau Sakit Tulang Belakang
2 thoughts on “Kisah Selfie dan Penyusuan Susu Ibu”
Leave a Reply
Kisah Selfie dan Penyusuan Susu Ibu
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
saya sangat menyokong penyusuan susu ibu namun melarang keras kalau isteri saya menayangkan ‘yang itu’ untuk tatapan umum meskipun bersama bayi…
mrhanafi recently posted…Beli Buku Motivasi Zig Ziglar
itulah masalahnya..
isu selfie ni penat dah nak tegur.
tanya dulu suami, leh ke tidak upload kat facebook atau instagram tu..
titan recently posted…Reng De Tu Mohe Gerua, Raanjhe Ki Dil Se Hari Dua.