• Penggemar Kambing Bakar? Maka Wajib Cuba Kambing Bakar Malaya Kajang Yang Sangat Sedap

    Siapa sini suka makan kambing bakar? Angkat tangan, hihi. Mek ila pun suka sangat makan kambing bakar walaupun sebelum kahwin dulu langsung tak makan kambing. Beria-ia encik hubby suruh cuba makan, bila dah cuba memang suka. Lepas tu dah jadi favourite  dan antara makanan yang sering dicari di kenduri Aqiqah. Bila sebut je ada kambing bakar, memang lebih bersemangat nak pergi :-P.

    Kelazatan Kambing Bakar Malaya

    Kambing Bakar Malaya Kajang

    Sesetelah beberapa lama mendengar cerita tentang kelazatan Kambing Bakar Malaya ini, Mek ila sekeluarga berkesempatan untuk makan di sini baru-baru ini.  

    Seperti yang dikatakan, hidangan kambing bakarnya amat lazat sekali. Boleh dikatakan yang terlembut dan tersedap pernah Mek ila makan. Sosnya juga unik dan memang mengundang selera. Paling terharu ialah harga 1 set kambing bakar bersama nasi dan sup cuma RM9. Memang kombinasi harga boleh makan banyak kali, mantap, kenyang dan sedap ehehe.

    Harga Menu Kambing Bakar Malaya
    Untuk Arif & Akmal pula, Mek ila pesan agar kambing & sosnya diasingkan sebab rasanya yang sedikit pedas. Selain kambing bakar, banyak lagi hidangan  lain yang boleh dinikmati seperti ayam bakar dan ikan bakar. Malah baru-baru ini ada juga hidangan meatball daging yang pastinya sangat disukai oleh Arif.


    Memang Penggemar Kambing Wajib Cuba

    Bukan nak kata, lepas ni kalau teringin je nak makan kambing bakar, segeralah ke sini. Tak perlu nak tunggu lagi kenduri aqiqah anak kawan kawan atau saudara mara. Nak belanja kawan kawan pun boleh sebab kalau cuma makan kambing bakar atau ayam bakar, purata seorang tak lebih RM10. Kira murah sangat lah kan?

    Lokasi Kambing Bakar Malaya

    Kedai ni terletak di belakang Hospital Kajang je. Kalau dari Semenyih lebih kurang dalam 15 minit aje. Seeloknya datang pada hari biasa sebab kali kedua Mek ila datang ialah pada malam minggu. Memang ramai sangat orang hingga ke luar. Bila dah ramai, kenalah sabar menunggu dengan tak sabarnya, hihi.

     

    Lokasi Kambing Bakar Malaya

    Nak tau info lebih lanjut tentang kedai ni, pembaca semua bolehlah join group Facebook Kambing Bakar Malaya. Bolehlah baca komen-komen lain daripada pelanggan setia mereka.

    (Visited 2,133 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags: ,

    3 thoughts on “Penggemar Kambing Bakar? Maka Wajib Cuba Kambing Bakar Malaya Kajang Yang Sangat Sedap

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge