• Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat

    Sekali lagi kita dikejutkan dengan penularan Virus Zika di serata dunia. Malah semasa mendengar radio pagi tadi, Mek ila juga terdengar bahawa kawalan ketat mula dilaksanakan di pintu pintu masuk utama negara bagi menghalang penyebaran penyakit ini di Malaysia.

    Sejarah Virus Zika

    Dikatakan wabak virus Zika mula dikesan  di kawasan Afrika, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik seawal pada tahun 2014 lagi.  Pada bulan Mei 2015, Pan American Health Organization ( PAHO ) mengeluarkan amaran mengenai kes pertama disahkan jangkitan virus Zika di Brazil. Pada masa ini , wabak ini berlaku di banyak negara dan dijangka  Virus Zika akan terus merebak dan amat  sukar untuk menentukan bagaimana virus ini akan merebak dari masa ke masa.

     

    Virus Zika di Malaysia

    Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) amat  memandang serius  perkara ini dan telah merangka pelan untuk mencegah dan mengawal virus ini daripada menular ke negara kita. Menurut kenyataan akhbar KKM yang dikeluarkan pada 1 Disember 2015 yang lepas, KKM amat mengambil berat tentang perkara ini apatahlagi Virus Zika juga dibawa oleh nyamuk Aedes yang juga menyebarkan denggi di Malaysia. Ini bermakna Malaysia juga berisiko untuk menghadapi wabak ini.

     

    Kenyataan Akhbar Zika

     

    Penyebaran Virus Zika

    Virus Zika adalah satu lagi  virus bawaan nyamuk yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi. Antara simptom penyakit ini adalah demam, sakit kepala, rashes, letih, mata kemerahan dan kesakitan pada sendi. Namun apa yang paling ditakuti  jangkitan pada ibu hamil dikatakan boleh menyebabkan kecacatan otak kepada bayi yang dikenali sebagai sindrom mikrosefali atau kekecilan otak. Baca lebih lanjut di sini.

    Jangkitan Zika

    Sehingga kini,  tiada ubatan mahupun vaksin yang dapat mengubati virus ini dan rawatan yang dapat diberikan hanyalah rawatan untuk mengawal simptom. Jadi amat penting bagi kita semua mencegah penyakit ini daripada merebak.

    Paling utama adalah untuk membasmi pembiakanDenggi di kawasan kita. Malah ibu ibu hamil juga dinasihatkan agar tidak melawat negara-negara yang telah dijangkiti Virus ini.

    Lokasi Virus Zika

    Lokasi Jangkitan Virus Zika

     

    Berikut adalah senarai negara yang telah merebaknya Virus Ini

    AMERICAS

    • Barbados
    • Bolivia
    • Brazil
    • Colombia
    • Ecuador
    • El Salvador
    • French Guiana
    • Guadeloupe
    • Guatemala
    • Guyana
    • Haiti
    • Honduras
    • Martinique
    • Mexico
    • Panama
    • Paraguay
    • Puerto Rico
    • Saint Martin
    • Suriname
    • Venezuela

    OCEANIA/PACIFIC ISLANDS

    • Samoa

    AFRICA

    • Cape Verde

    Mudah-mudahan dengan langkah langkah pencegahan & doa dari semua, Malaysia terselamat daripada penularan wabak ini. Amin

     

    Sumber : 1. http://www.cdc.gov/zika/geo/
    2.  https://www.facebook.com/malaysianppp

    (Visited 482 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , ,

    One thought on “Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge