• Cara Mudah Bezakan Braxton Hicks dengan Kontraksi Sebenar

    Memasuki penghujung kehamilan, pastinya bakal-bakal mommy mula tidak sabar untuk menunggu kelahiran bayi. Maklumlah perut semakin berat, pinggang pula terasa sakit, tidur juga mungkin dah makin tak lena. Risau pun ye, memikirkan bagaimana agaknya saat-saat kelahiran nanti.

    Kontraksi Sebenar
    Antara tanda paling mudah untuk mengetahui yang tanda-tanda bersalin makin hampir ialah bila berlakunya kontraksi. Kontraksi ialah pengecutan pada otot rahim. Ianya seperti rahim mengeras dan seperti sedikit berputar.  Namun oleh kerana kontraksi ini ada yang palsu, dipanggil sebagai braxton hicks, maka kadangkala ibu-ibu sukar untuk memastikan adakah itu tanda bersalin yang sebenar atau sebaliknya. Bukan hanya pada kelahiran yang pertama, ibu yang hamil kali kedua pun ada kalanya boleh keliru dengan kontraksi ini.

    Beza Braxton Hicks dengan Kontraksi Sebenar

    Sekiranya ibu ibu jenis yang prihatin, tidak sukar sebenarnya untuk membezakan antara Kontraksi Palsu dengan Kontraksi Sebenar ini. Sebenarnya agak penting juga untuk kita mengetahui perbezaan di antara keduanya kerana ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa bayi bagi kes kes bayi yang masih pramatang.

    Ok, jom kita tengok ~

    Tanda-Tanda Kontraksi Palsu Kontraksi Sebenar
    Tempoh Kontraksi Tidak teratur, jarak masa antara kontraksi tidak konsisten. Tempoh kontraksi adalah sekejap sekitar 30 saat. Teratur dan jarak masa antara kontraksi menjadi lebih cepat apabila proses kelahiran semakin hampir. Tempoh kontraksi lebih lama dan boleh menjangkau sehingga 60-70 saat.
    Kekuatan Kontraksi Lemah, Tidak Berapa Kuat Kuat dan semakin kuat apabila proses kelahiran semakin hampir
    Bahagian Terlibat Dirasai di bahagian hadapan Bermula di bahagian belakang dan bergerak ke hadapan
    Pergerakan Kontraksi Boleh berhenti apabila ibu mengubah posisi Tidak berhenti walaupun ibu mengubah posisi

     

    Tempoh Kontraksi Yang Menghampiri Kelahiran

    Selang Masa Kontraksi Yang Menghampiri Kelahiran

     

    Bagi ibu-ibu yang masih kurang faham, kontraksi yang teratur bermaksud selang masa di antara kontraksi adalah konsisten dan semakin dekat jaraknya apabila kelahiran makin hampir. Contohnya; Puan A mengalami kontraksi pada jam 8 malam, 9 malam, 10 malam, 11 malam dan seterusnya dalam jarak masa yang lebih hampir iaitu pada 11.30 malam, 12 malam, 12.30 malam dan seterusnya hinggalah jarak masa 5 minit antara kontraksi.

    Kontraksi Palsu pula adalah bila jarak masa berlakunya kontraksi tidak teratur. Sebagai contoh Puan A mengalami kontraksi pada 8 malam, 8.30 malam, 12 malam dan 5 petang keesokan harinya.


    Apa Yang Ibu Perlu Buat Bila Berlakunya Kontraksi?

    Sekiranya kandungan mommy kurang daripada 36 minggu dan mommy mengalami kontraksi yang lebih daripada 30 saat dan ianya berlaku 4-6 kali atau lebih sejam, mommy dinasihatkan untuk berbaring dan minum lebih air masak. Sekiranya ianya masih tidak reda, mommy dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera. Di hospital, terdapat rawatan yang boleh diberikan untuk menghentikan kontraksi di mana Doktor seboleh-bolehnya mahu kehamilan diteruskan sehingga minggu yang ke 36. Antara ubat yang boleh diberikan untuk menghentikan kontraksi adalah salbutamol.

    Ventolin

    Ubat ini berfungsi untuk melegakan otot-otot di dalam rahim dan menghentikan kontraksi. Namun ubat ini tidak lagi berkesan sekiranya pangkal rahim mommy telahpun terbuka atau melebar.

    Sekiranya Kandungan Telah Matang

    Sekiranya kandungan mommy telah melepasi tempoh 36 minggu dan ini adalah bayi pertama, mommy perlu terus memantau kontraksi yang berlaku sehingga ianya sangat kuat dan tetap sebelum ke hospital. Biasa terjadi apabila mommy ke hospital terlalu awal,  Dr akan menyuruh mommy pulang semula ke rumah dan memantaunya sebelum datang  semula ke hospital. Namun bagi mommy yang mempunyai masalah kesihatan semasa kehamilan seperti pembawa GBS, mereka perlu datang lebih awal  untuk mendapatkan suntikan Antibiotik.

    Jika mommy masih ragu-ragu sama ada kontraksi yang berlaku adalah palsu atau sebenar, pergilah ke hospital untuk pemeriksaan. Itu lebih baik daripada kita pandai-pandai sendiri dan membuat andaian yang tidak pasti. Para doktor akan membantu dan memberitahu sekiranya mommy telah pun berada di adalam proses kelahiran.

    Baca Di Sini: Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba

    Salam sayang;
    Mek ila

     

    (Visited 2,145 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Umum

    Tags: , , ,

    One thought on “Cara Mudah Bezakan Braxton Hicks dengan Kontraksi Sebenar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge