• Fenomena Bulan Mengambang dan Aktiviti Parasit Di Dalam Tubuh Kita

    Sebut pasal bulan mengambang ni, selalu je ianya dikaitkan dengan kisah-kisah seram dan romantik. Namun jangan tak tahu, ada cerita di sebalik bulan mengambang ini yang ramai orang tak tahu termasuklah Mek ila sendiri.

    Bulan Mengambang

    Bermula pada minggu yang lepas, Mek ila dan rakan -rakan group telah pun memulakan aktiviti detoks selama 2 minggu. Di samping detoks, kami juga mempelajari banyak perkara baru tentang detoks, kepentingan detoks dan aktiviti parasit di dalam tubuh terutamanya ketika bulan mengambang. Asalnya macam tak percaya je semuanya ada kaitan, namun bila dah belajar, barulah kita percaya.


    Jenis Jenis Parasit Di Dalam Tubuh

    Sebenarnya dalam tubuh kita ini ada pelbagai parasit. Ada yang baik dan ada yang jahat. Seperti mikroorganisma yang lain parasit ini juga mempunyai kitaran kehidupan yang sama. Mereka akan mengawan dan membiak. Semuanya berkaitan dengan fenomena bulan penuh ini. Bulan penuh yang dimaksudkan dirujuk kepada Kalendar bulan Islam kita.

    Parasites in Human

    Jenis Jenis Parasit Di dalam Tubuh


    Dikatakan, pada awal bulan parasit yang ada akan mula bergerak mencari tempat yang sesuai untuk persenyawaan. Dan apabila bulan penuh, parasit ini akan mula mengawan dan membiak di dalam tubuh. Antara makanan yang diperlukan oleh parasit ini untuk terus hidup dan membiak ialah gula putih. Maka kita digalakkan untuk lebih berjaga-jaga tentang pemakanan dan pengambilan gula pada waktu ini terutamanya kepada kanak-kanak

    Malah di dalam Islam, kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada setiap Hari Putih iaitu ketika bulan mengambang penuh pada 13,14 & 15 hb kalendar Hijrah. Ianya bertujuan untuk menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga, merehatkan perut dan melawan kekuatan parasit ini.

    Anak-Anak Mudah Jatuh Sakit

    Ketika bulan penuh juga, anak-anak akan mudah jatuh sakit seperti demam, batuk dan selsema. Ini kerana pada waktu ini badan anak-anak sedang berusaha untuk menewaskan parasit yang sedang rancak membiak. Maka amat bagus andai kita dapat sama sama membantu menguatkan imunisasi anak dengan cara yang lebih natural seperti dengan memberikannya vitamin yang dapat meningkatkan imun anak dan cara luaran yang lain seperti penggunaan epsom salt atau dengan air perahan lemon.

    Cara Nak Tengok Tarikh Bulan Penuh

    Seperti yang Mek ila terangkan tadi, kita boleh gunakan Kalendar hijrah untuk tarikh yang lebih tepat. Bulan Penuh biasanya bermula pada 13 hb -15 hb bulan Hijrah. Jangan pula kita tengok pada bulan Masihi tau.

     

    Kalendar Hijrah

    Untuk download kalendar Hijrah yang penuh, sila klik di sini.

    Jadi untuk yang nak buat aktiviti detoks ini , masa yang paling sesuai adalah seminggu sebelum bulan penuh & seminggu selepasnya.

    Nak join aktiviti Detoks? Jom Hubungi Mek ila : Wa: 012-8943453 hari ini.

    (Visited 1,825 times, 2 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Fenomena Bulan Mengambang dan Aktiviti Parasit Di Dalam Tubuh Kita

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge