• Kisah Cendol Durian & Laksa Sedap Alor Setar

    Pada minggu yang lepas, Mek ila sekeluarga datang ke Alor Setar untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu hubby.

    Memang seronok di Alor Setar, harga makanan masih murah berbanding di tempat lain. Walaupun di Semenyih juga ada nasi lemak RM1, Nasi Lemak Kuning berlauk ayam berharga RM1 memang buatkan Mek ila teruja. Wah, murahnya dan sedap pula rasanya. Memang best sangat sampai teringat.

    Walaupun sekejap, sempat juga kami singgah jalan-jalan cari makan di Alor Setar ni. Tempat yang dituju pastinya Kedai Laksa yang digemari ramai ini iaitu Olala Laksa yang terletak di Kg Mempelam.

    Olala Cendol Ajim & Arif

    Kami tiba di sana sekitar jam 6.30 petang. Mula -mula tu pening juga tengok menunya, Cenlut, Cenbu dll. Rupa rupanya guna singkatan Cendol Pulut: Cenlut. Cendol Jagung: Cengong. Tapi ada juga yang tak faham maksudnya macam Cenbu.

    Olala Cendol Menu Cendol

    Dari awal lagi owner kedai dah bagitau yang Laksa dah nak habis, jadi kami pun order dalam 10 pinggan sahaja, share-share kononnya. Tapi yang ada cuma 3 pinggan je, hihi. Merasalah seorang sedikit je. Yang penting orang yang mengandung dapat merasa laksa ni. Maklumlah datang dari jauh kan?

    Olala Cendol Kongsi
    Kesimpulannya laksa kat sini memang sedap bangat. Lain daripada lain. Cendolnya pun awesome. InsyaAllah kami datang lagi di masa yang akan datang.

    Owner kedai dan pekerja pun sangat baik. Berkali kali mohon maaf sebab laksa tidak mencukupi. Siap bye bye kami lagi hihi.

    Olala Cendol Owner

    Bye Bye Pak Cik, Nanti Kami Mai Lagi

    Apa pun memang seronok perjalanan kali ini dan dah mula terasa macam nak datang lagi ke Alor Setar 🙂

    (Visited 2,642 times, 2 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags: ,

    2 thoughts on “Kisah Cendol Durian & Laksa Sedap Alor Setar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge