• Menikmati Roti Canai Terbang di Pekan Tangkak ~

    Bila balik kampung dan ada masa terluang, Mek ila sekeluarga pasti tak lepaskan peluang untuk bersarapan di Warong Roti Canai Terbang di Pekan Tangkak ini. Maklumlah bukan sahaja roti canainya yang sedap, makanan makanan yang lain pun sedap terutamanya Soto Ayam yang menjadi kegemaran Mek ila.

    Roti Canai Terbang Tangkak

    Kebetulan pada minggu lepas, kami sekeluarga ke Segamat untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Jadi memang plan untuk singgah bersarapan di sini. Alhamdulillah, walaupun sampai agak lewat, roti canai masih ada. Namun ketika sampai dan setelah menunggu beberapa minit, tiada aksi roti canai terbang yang ditayangkan.

    Maka dengan muka yang control cun , Mek ila pun pergi ke tempat abang penebar roti dan cakap ” Bang, anak nak tengok roti terbang, boleh ke? Hahaha. Agak-agaknya apalah yang abang ni jawab ye?

    Boleh dik, sekejap lagi abang buat. Maaflah banyak betul buat roti hari ni, tak sempat nak terbang.

    Haha, maka bermulalah aksi roti terbang yang seperti biasa ditonton oleh ramai pelanggan yang lain.

    Roti Terbang Lagi 2

    Lapar punya pasal, macam biasa lupa nak snap roti terbang yang dah siap. Maklumlah sampai di sana pun dah hampir jam 9.30 pagi. Jadi, mulalah makan dengan sepenuh hati.

    Guess what,

    Kami makan semeja 5 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Macam macam order, roti canai, roti telur, soto ayam, lontong, nasi lemak dan pelbagai air. Cuma RM25 je.

    Memang murah , sedap & puas hati.

    Jomlah datang makan sini.

    Roti Terbang Lagi 3

    (Visited 525 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags: ,

    5 thoughts on “Menikmati Roti Canai Terbang di Pekan Tangkak ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge