-
8 Tips dan Petua Supaya Luka Bersalin Cepat Sembuh!
Pengalaman bersalin bagi setiap ibu memang tak sama terutamanya berkaitan luka bersalin. Paling menakutkan bila bahagian di bawah itu terkoyak. Bila terkoyak memang parah sebab lukanya tidak sama seperti luka episitomi yang dipotong oleh Doktor. Pengalaman terkoyak ini Mek ila pernah alami ketika bersalinkan Arif dahulu. Disebabkan itu, Mek ila menerima lebih kurang 14 jahitan yang memang menyakitkan.
Potongan Episitomi
Selain terkoyak yang tidak dijangka, Doktor juga biasanya akan membuat potongan episitomi bagi memudahkan proses kelahiran. Berdasarkan pengalaman Mek ila sendiri, sedikit guntingan adalah lebih baik. Ianya dapat mengelakkan bahagian perenium daripada terkoyak walaupun ada ibu ibu yangberharap mereka dapat bersalin normal tanpa sebarang guntingan. Namun ada juga ibu-ibu yang bertuah kerana dapat bersalin tanpa digunting atau terkoyak. Bila begini, penjagaan berpantang lebih mudah dan InsyaAllah mereka akan pulih dengan lebih cepat.
Bila Luka Bersalin Lambat Pulih
Setelah dijahit, luka ini perlu dijaga dengan betul supaya cepat sembuh. Memang perlu hati-hati kerana jika tidak dijaga dengan betul, luka ini bukan sahaja lambat sembuh malah boleh berlaku jangkitan yang tidak diingini. Malah ramai juga ibu ibu yang mengakui luka mereka masih belum sembuh sepenuhnya walaupun setelah sebulan berlalu.
8 Tips Mudah Penjagaaan Luka Bersalin Agar Cepat Sembuh
1.Bergerak Dengan Berhati- Hati
Selalu je orang tegur ‘ Jalan tu pelan-pelan (perlahan) sikit tau! Memang betul pun, selepas bersalin memang kena bergerak secara perlahan. Bayangkan kalau kita bergerak atau berjalan macam kilat, ada kemungkinan luka tadi boleh terbuka semula. Jadi kena hati-hati dan jangan terburu buru.2.Gunakan Ice-Pack
Ambil Ice Pack dan balutkan dengan tuala yang bersih. Kemudian tekapkan perlahan-lahan di bahagian luka sekitar 10 minit. Ianya mampu melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak di kawasan luka.
3. Sentiasa Bersihkan Bahagian Luka dan Keringkan Dengan Betul.
Setiap kali menukar pad, bahagian yang luka tadi perlu dibersihkan dengan betul. Pada peringkat awal, mommy boleh gunakan air paip biasa sahaja. Setelah dibilas, keringkan dengan betul sebelum memakai pad yang baru.Apabila telah kembali ke rumah, bolehlah Mommy gunakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam untuk membilas luka tadi. Jika rajin, gunakan air rebusan manjakani yang dicampur dengan asam keping dan garam. Setelah dibilas, keringkan dengan betul menggunakan tisu kering atau tuala.
Selain siraman air suam bercampur garam, mommy juga boleh melakukan Sitz Bath iaitu merendamkan bahagian punggung dengan air suam yang telah dicampurkan dengan garam. Selain mengurangkan sakit dan bengkak, ia juga membersih luka sehingga ke vagina.
4. Biarkan Kawasan Luka Mendapat Pengudaraan Seketika
Sekiranya berpeluang, biarkan luka yang telah dibersihkan terbuka seketika dan mendapat pengudaraan yang bersih.5. Elakkan Sembelit
Bila sembelit, mommy akan cuba meneran lebih kuat dan ianya boleh menyebabkan tekanan di bahagian yang luka. Sebab itu ada mommy yang trauma untuk ke toilet selepas bersalin. Menahan diri ke tandas bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan kerana badan akan menyimpan toksin berlebihan di dalam tubuh. Baca 3 tips untuk mengelakkan sembelit ketika hamil dan berpantang di sini.6. Buat Senaman Kagel
Senaman ini amat bagus diamalkan oleh ibu-ibu. Ianya adalah senaman kemutan yang membantu meningkatkan pengaliran darah ke kawasan perineum dan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Senaman ini juga bagus untuk menguatkan lantai pelvik dan mengelakkan rahim daripada jatuh. Ianya boleh dibuat selepas 5 hari bersalin atau selepas seminggu.7. Jaga Makan
Bab makan pula, ianya bergantung kepada diri masing-masing. Namun yang pasti elakkan makanan yang berisiko boleh menyebabkan kegatalan sehingga luka mommy benar-benar sembuh. Antaranya ialah telur, ayam, makanan laut dan ikan yang gatal. Pastikan juga mommy minum air masak secukupnya ketika berpantang.8. Rawat Secara Dalaman
Pengambilan supplemen juga amat penting bagi membolehkan proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat. Antara supplemen yang dicadangkan ialah Zinc Complex dan Vitamin C. Set ini memang terdapat di dalam Set Berpantang Shaklee atau boleh dibeli secara berasingan.Baca Lebih Banyak Testimoni Di Sini.
Nak dapatkan Set Ini? Jow Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pertanyaan.
(Visited 9,751 times, 1 visits today)3 Cara Mudah Mengambil Hati Si Manja ~ Fenomena Telur Berdiri Ketika Gerhana Matahari dan Bulan
8 Tips dan Petua Supaya Luka Bersalin Cepat Sembuh!
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!