• Apa Nak Buat Bila Ular Masuk Rumah? Tips Bertenang dan Jangan Panik

    Sehari dua ini banyak pula cerita daripada kawan-kawan FB tentang ular masuk ke dalam rumah. Bukan hanya berlaku di kawasan kampung, ular kini mula dijumpai di kawasan-kawasan perumahan. Agak mengerikan juga sebenarnya apatahlagi kita sendiri tak menjangka akan bertemu mereka di dalam rumah. Dikatakan juga perubahan cuaca panas yang disebabkan oleh fenomena el Nino telah menyebabkan haiwan haiwan ini sedikit kepanasan dan keluar daripada habitat mereka.

    Cik Batik

    Peristiwa yang sama telah berlaku pada Mek ila pada bulan lepas. Memang terkejut sangat melihat Cik Batik sedang  berlingkar di dalam rak pinggan di sebelah sinki. Pada masa itu Mek ila baru sahaja selesai menyuap Akmal makan dan membawa pinggan ke sinki untuk dicuci. Perasaan terkejut itu hanya Allah yang tahu. Cepat-cepat Mek ila berundur ke belakang dan memanggil suami.

    Perasaan panik sebenarnya datang kerana ular bukanlah haiwan yang kita sangka akan jumpa di dalam rumah. Perasaan panik juga mampu membuat kita bertindak di luar kawalan seperti cuba membunuhnya sedangkan ular bukanlah haiwan yang akan menyerang manusia sekiranya mereka tidak berasa terancam.

    Tindakan Bila Terjumpa Ular Di dalam Rumah

    1. Jangan panik dan cuba bertenang. Sekiranya ular itu berdekatan dengan kita, cuba jangan bergerak. Bacalah surah surah atau doa sesuai supaya ular tadi keluar dan kita terselamat. Biasanya ular akan bergerak dan berlalu pergi. Dont Panic2. Mengikut petua juga dan berdasarkan kisah di zaman Nabi, kita digalakkan memberi amaran kepada ular tadi secara lisan dengan menyuruhnya keluar sebanyak tiga kali.

    3. Jangan bertindak sendiri dan terburu buru. Kita juga dilarang membunuh ular kecuali haiwan ini ternyata telah mengancam nyawa kita. Untuk makluman ular tidak menyerang manusia kecuali apabila mereka terkejut atau rasa terancam.

    3. Perhatikan pergerakan haiwan ini dan ke mana ia beredar.

    snake-cartoon

    4. Call 999 (Jabatan Pertahanan Awam) dan laporkan kes ini dengan memberikan nama, alamat rumah dan nombor telefon.

    5. Lindungi anak-anak dan orang tua di dalam rumah dengan menempatkan mereka di tempat atau bilik yang selamat.

    6. Apabila pasukan penyelamat sampai, maklumkan kepada mereka lokasi ular ini.

     

    Langkah Berjaga-jaga


    1. Pastikan kawasan luar rumah sentiasa bersih dan tidak semak dengan lalang atau rumput.

    2. Sekiranya ada pokok pokok berhampiran rumah, pastikan dahannya tidak terlalu hampir dengan rumah. Ular mungkin boleh melalui dahan dahan ini untuk masuk ke dalam rumah.
    snake on tree
    3. Pastikan juga tiada sisa sisa makanan yang tertinggal di dapur. Ianya bukan sahaja boleh menjemput Cik Ti, malah pemburu Cik Ti sekali iaitu ular ke dalam rumah.

    4. Tutup tingkap dan pintu rumah apabila tidak digunakan. Dalam kes di rumah Mek ila tempohari, ular ini masuk melalui tingkap yang terbuka.

    5. Pasang dawai halus di tingkap yang mana perlu. Pastikan juga tiada lubang terbuka yang boleh menyebabkan haiwan haiwan ini masuk ke dalam rumah.

    6. Amalkan membaca doa bagi memohon keselamatan kita sekeluarga. Antara doa yang boleh dibaca ialah daripada Surah As-Saffat (37), ayat 79.

    Doa Mengelak Haiwan BerbisaAmin.

     

    (Visited 1,058 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: , ,

    6 thoughts on “Apa Nak Buat Bila Ular Masuk Rumah? Tips Bertenang dan Jangan Panik

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge