• Jom Melukis Bersama-Sama Anak

    Mama dan papa suka melukis tak?
    Jawapannya mesti tak suka sangat kan? Hihi, kadang-kadang bukan tak suka tapi tak pandai melukis.

    Mek ila pun sama, tak pandai nak melukis. Masih teringat ketika sekolah dulu, memang selalu tak dapat siapkan lukisan. Kalau siap sekalipun, lukisan tak sempat diwarnakan. Kata orang tangan kayu, ehehe. Tahan je lah telinga bila dimarah oleh Cikgu.

    Sehinggalah Mek ila berkenalan dengan seorang rakan yang bernama Dr Hany ketika menghadiri sebuah kursus. Kami duduk bersebelahan dan Dr Hany ni suka melukis ketika ada masa lapang. Nampak menarik, dan Mek ila pun kembali cuba-cuba melukis lukisan yang simple.

    Jom Melukis

    Bila dah ada anak ni, keinginan nak melukis tu kembali timbul. Maklumlah Arif dan Akmal sangat suka bila ibunya melukis. Tak kisahlah lukisan tu cantik atau senget. Jadi bertambah semangat untuk sama-sama melukis bersama mereka.

    Kebaikan Melukis / Menconteng Untuk Anak-Anak

    Daripada pembacaan, Mek ila dapati melukis ni banyak faedahnya terutama kepada anak-anak. Antaranya:-

    1. Dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan sesuatu yang  berfaedah.
    2. Dapat menguatkan pergerakan motor tangan anak-anak. Maklumlah anak-anak zaman sekarang dah kurang memegang pensel, kebanyakannya hanya pegang tab je. Melukis pun guna apps kan?

    Kanak Kanak Melukis

    3. Boleh meningkatkan kreativiti mereka. Bila melukis, pelbagai idea akan datang.
    4. Membantu mereka ‘skor’ dalam subjek lukisan di sekolah nanti.

    5. Anak-anak dapat meluahkan perasaan mereka pada lukisan. Sebab tu orang kata lukisan adalah gambaran pada luahan hati seseorang.

     

    Cara Nak Galakkan Anak Melukis

    1. Sediakan peralatan melukis yang sesuai. Paling simple sediakan drawing book dan 1 set pensel warna.
    2. Mulakan melukis dengan lukisan yang mudah yang sesuai dengan usia anak . Sebagai contoh , Mek ila telah memuat turun beberapa contoh lukisan simple seperti Bola

    How To Draw A Ball3. Melukis bersama sama anak. Pada kebiasaanya Mek ila akan melukis dahulu dan bila siap barulah tiba giliran mereka pula untuk mencubanya.

    4. Rajinkan memuji. Walaupun lukisan anak senget dan tidak comel, teruskan memuji kesungguhan anak untuk belajar melukis.

    5. Apabila anak telah mahir melukis lukisan yang simple, beralih pula kepada lukisan yang lebih sukar.

    Nota: Bagi anak yang lebih kecil seperti Akmal, mereka mungkin lebih suka menconteng daripada melukis. Haha, bab yang ini kena bersabar tau. Tengok aje lah hasil lukisan Akmal di tangannya sendiri.

    Lukisan Akmal

     

    Melukis Dengan Komputer
    Baru-baru ni Mek ila ada juga share/save cara-cara melukis Step by Steps yang dikongsi oleh pengguna Facebook. Ha, yang ni pun mudah. Sebab anak-anak boleh melukis terus dengan merujuk di Komputer.

    Lukisan Internet FB
    Have fun ye!

    (Visited 254 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Mendidik Anak

    Tags: , ,

    7 thoughts on “Jom Melukis Bersama-Sama Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge