-
Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
Seringkali terbaca di media sosial tentang ibu bapa yang terlalu mengharapkan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik. Benar, kejayaan di dalam bidang akademik sesuatu yang penting dan boleh dibanggakan kerana ianya permulaaan untuk anak-anak membina masa depan yang cemerlang.
Namun sekiranya anak-anak telah berusaha dan tidak mencapai apa yang kita idamkan, janganlah pula kita terlalu memaksa atau mendesak mereka. Sejujurnya kegagalan dalam bidang akademik atau tidak mendapat keputusan yang cemerlang bukan pengakhiran hidup tetapi bagaimana anak-anak itu berusaha untuk memulakan semula kehidupan mereka.
InsyaAllah, hari ini Mek ila ingin berkongsi 1 kisah yang sangat memberikan inspirasi. Kisah motivasi yang Mek ila dengar dan disampaikan sendiri oleh mereka yang mengalaminya.
Kisah Encik Azman 20 Tahun LepasAzman ni memang pelajar di kelas hujung. Kelas yang memang tidak disukai oleh guru-guru. Lokasinya pun terletak di sebelah tandas. Biasanya guru guru cuma mampu mengajar separuh kelas sebab pelajar-pelajar dah start main-main. Azman sendiri mengaku yang emak ayahnya sendiri dah tak mengharapkan apa-apa darinya. Azman pun tak minat nak belajar cuma masih ke sekolah sebab takut dipukul.
Bila keputusan SPM keluar, seperti yang dijangka Azman dapat Pangkat 3- itupun dah hujung sangat. Sedar yang dirinya tiada harapan, Azman ambik Sijil Kemahiran untuk belajar elektrik/elektronik sebab dia rasa minat juga untuk membaiki lampu yang rosak. Habis belajar mulalah dia ikut orang pergi bekerja.
Dia rajin dan tekun sampailah setelah beberapa tahun di mula membuka syarikat kecil-kecilan. Dari projek 200 Azman dapat projek 2000. Dari 2000 dia dapat 20,000 hinggalah akhirnya tender ratusan ribu dan jutaan ringgit. Sekarang Azman antara usahawan yang berjaya. Malah tiada siapa pun menyangka pelajar nakal di kelas hujung kini hidup mewah atas usahanya sendiri yang tidak mengenal putus asa.
IQ Harus Seimbang Dengan EQ
Zaman sekarang memang dah banyak berubah. Masih teringat dahulu, semasa kecil Mek ila cuma pandai membaca seawal darjah 1. Zaman sekarang pula? Kalau 6 tahun tak pandai membaca dah dianggap ketinggalan. Maklumlah nak masuk darjah 1 dah kena ambik exam. Bukan 1 subjek tapi pelbagai subjek kalau untuk sekolah khas/swasta. Memang kesian juga pada anak-anak kita.
Maka untuk mengelakkan anak-anak jadi tertekan sedangkan zaman kanak-kanak adalah zaman bermain dan penuh keseronokan maka kita sebagai ibu bapa perlu menyeimbangkan kedua-dua aspek IQ dan EQ ini. Supaya anak-anak kita bukan sahaja berjaya dan bijak tetapi juga mempunyai rohani dan hati budi yang baik.
(Visited 379 times, 1 visits today)Apa Nak Buat Bila Ular Masuk Rumah? Tips Bertenang dan Jangan Panik Kisah Ayah Kena Gout Sampai Jalan Pegang Dinding Kini Dah Boleh Makan Apa Sahaja.
10 thoughts on “Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..”
Leave a Reply
Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
Komen Terkini
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- SHARIFAH MUHAMAD NOR on Apa Nak Buat Bila Tangan & Kaki Terasa Kebas? Vitamin Ini dapat Membantu!
- nurul nadya on Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (80)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Wow!! Best Sangat!
menarik juga cerita tentang Azman..itu cerita benar atau rekaan semata-mata
mrhanafi recently posted…Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima
Cerita ni memang benar HB, cuma Mek ila belum berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan En Azman. Sekadar melihat dari jauh.
Antara sebab pandai dan berusaha adalah terletak pada diri sendiri.
Nak jadi pandai kena belajar bersungguh sungguh.
Nak jadi kata bertindak awal, supaya rajin bekerja. Kalau alasan banyak dalam diri, sampai kesudah anggan aggan nak jadi kaya tak tercapai.
Sebab takde tindakkan maka takde la usahanya untuk jadi kaya.
Kepandaian seseorang terletak pada orang disekeliling kita, bijak kita bercakap ,bijak juga dia nanti..
Ambil contoh, budak sekarang macam adik saya sendiri, umur baru 2tahun setengah dah pandai bercakap dengan fasih.
Ini disebabkan kita rajin bersembang dengan dia dengan perkataan-perkataan palinh mudah di ingat.
secara tak langsung kita dapat mengajar mereka untuk bercakap sendiri.
🙂
budak sekarang jauh lebih pintar dari budak2 dulu.. Macam saya, umur 6 tahun masih malu nak bercakap..
Mejuez recently posted…7 Tempat Terbaik Untuk Shoping Online Hari Raya 2016
masa kat hospital, selalu jumpa mak patient yang mengadu anak masih tak boleh baca, walhal umur anak baru 4-5 tahun..alahai..anak kecil pun boleh stress.
saps ibubapa recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
selain IQ dan EQ, satu lagi, iaitu SQ. Social Quotient .
musadun recently posted…Harga iPhone SE di Malaysia Terkini
Pada MV biar anak tu mengenali agama dahulu then senang dia nak memahami akademik, itu yang dipraktikkan pada adank-anak..
Pandai ke tidak biar bukan satu ukuran yang penting bagi MV, janji anak-anak mudah faham dan praktik apa yang diajar pun dah cukup bagus
Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas
Pandai akademik bukan ukuran utama berjaya dalam hidup, tapi bagaimana ilmu diaplikasi dalam hidup yang paling penting.
Fyda Noh recently posted…Ketahui Faktor Risiko Slip Disc, Bukan Flight Attendants Sahaja
yap.
cuma jangan ajar anak-anak atau budak-budak..
tak payah belajar pun tak apa..bukan penting la..tak gi sekolah pun tak apa..
its fine kalau mereka tak nak belajar.
tapi bila datang sekolah..menyusahkan orang..
itu yang aku tak suka.
penat ajar budak yang tak nak belajar nih.
titan recently posted…Komisen Pertama dari Involve Asia
selain pendidikan yang ada di sekolah, pendidikan lainnya yang cukup penting adalah pendidikan moral dan akhlak
once kim recently posted…PNPM Generasi Sehat dan cerdas Logo Vector
belajar dan terus belajar karena menuntut ilmu tidak hanya ada di bangku sekolah
once kim recently posted…Ralliart Logo Vector