• Ingin Lebih Sihat dan Segar? Detoks 7 Hari Ini Pasti Buatkan Korang Tersenyum Lebar ~

    Buat Detoks Lagi?
    Haha, walaupun dah pernah buat detoks sebelum ini, program 7 hari Detoks Shaklee ini memang buatkan Mek ila tak tidur malam. Masakan tidak, 5 hari yang pertama adalah hari tanpa karbo atau lebih tepat lagi tak boleh makan nasi. Tak dapat nak bayangkan kerana sepanjang hidup ini, tiada suatu hari pun Mek ila lalui tanpa hidangan nasi. Paling kurang 2 hidangan nasi setiap hari. Kalau tak dapat nasi, memang seperti orang yang dilamun cinta, asyik teringat dan rasa tak kenyang walaupun telah makan makanan lain.

    Nasi

    Kalau dulu kita dah buat detoks untuk parasit,  detoks kali ini adalah untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Bukan sekadar kena ikut  pelan pemakanan yang dirangka khas oleh pakar Nutrisi Shaklee, ianya turut disertai oleh pengambilan Vitamin untuk detoks keseluruhan tubuh.

    Detoks Cara Shaklee

    Secara ringkasnya setiap vitamin ini mempunyai peranan berbeza seperti berikut:-

    Alfalfa: Untuk detox darah dan badan
    DTX Complex: Untuk detox hati
    Herblax: Untuk detox usus
    Vivix: Untuk detox seluruh badan
    Peppermint Ginger: untuk bantu buang angin badan

    Agak-agaknya berjaya tak?

    Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan yang lain, Mek ila berjaya melalui 5 hari yang pertama tanpa sebarang masalah. Walaupun pada 3 haru terawal dah mula terasa seperti asyik makan rumput je hahaha. Maklumlah dalam detoks ini salad dan sayur sayuran hijau merupakan makanan utama dalam setiap hidangan.

    Antara Menu Utama

    Percaya atau tidak, walaupun hari ke 6 dah boleh ambil nasi, Mek ila cuma mengambil kentang sebagai pengganti nasi (karbohidrat). Memang tak sangka, anggapan kita bahawa tidak boleh hidup tanpa makan nasi sebenarnya tidaklah seperti yang disangka. Yang penting minda perlu di set  supaya hati dan badan kita mampu mengikutinya dengan baik.

    Hari ke 7, baru ambil nasi. Itu pun sebab Mek ila dapat undangan makan percuma di Restoran Kenny Rogers bersama teman. Pertama kali mencuba Nasi Teriyaki ini buatkan Mek ila terus jatuh cinta dengan hidangan ini. Lepas ni kalau makan di Kenny Rogers, pasti akan order menu ini.

    Lunch Hari ke 7

    Nak tahu hasil keputusan Detoks Mek ila dan kawan-kawan? Tunggu!!! Nanti Mek ila kongsikan di dalam entry yang akan datang tau.

    (Visited 140 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee, Umum

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Ingin Lebih Sihat dan Segar? Detoks 7 Hari Ini Pasti Buatkan Korang Tersenyum Lebar ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge