• Mengapa Ibu Hamil Mudah Bermimpi?

    Orang kata mimpi memang mainan tidur. Yang pastinya setiap daripada kita memang pernah bermimpi walaupun tidak kerap. Setahun mungkin ada 2-3 kali kan?

    Namun ianya sedikit berbeza dengan ibu  hamil. Ada di antara mereka yang bermimpi hampir  setiap malam. Mimpi ini pula dari jenis yang menyedihkan atau agak menakutkan seperti dikejar penjahat dan sebagainya. Mek ila juga pernah mengalaminya ketika mengandungkan Arif dahulu.

    Mimpi Negeri Ibu Hamil

    4 Penyebab Utama Mengapa Ibu Hamil Mudah Bermimpi.

    1. Perubahan hormon
    Dikatakan perubahan hormon kehamilan yang dialami oleh ibu-ibu bukan hanya menyebabkan morning sickness dan  perubahan selera makan. Ianya juga boleh menyebabkan gangguan pada tidur dan bermimpi.

    2. Risau Tentang Kehamilan
    Risau? Memang benar kerisauan sering terjadi terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu. Macam macam yang berada di fikiran ibu, sihatkah bayi, lelaki atau perempuan? Cukupkah bilangan jari bayi? Adakah bayi membesar dan mendapat khasiat secukupnya? Kerisauan ini adakalanya terbawa bawa sehingga ia menjadi igauan atau mimpi.

    3. Terlalu Banyak Berfikir
    Kehamilan merupakan perkara baru bagi wanita yang pertama kali bergelar ibu. Adakalanya pelbagai nasihat berbeza diterima daripada orang yang berbeza. Itu belum termasuk lagi maklumat yang diperolehi daripada pembacaan. Maklumat yang bercampur aduk boleh menyebabkan kecelaruan fikiran hingga membuatkan ibu-ibu diganggu mimpi ngeri.

     

    200458911-001

    4. Tekanan
    Ketika hamil, ibu-ibu mudah sensitif dan tertekan dengan perkara perkara kecil. Ini menyebabkan ibu-ibu berasa sedih, suka memendam perasaan dan mudah berfikiran negatif. Kesedihan dan tekanan ini juga boleh menyebabkan ketegangan hingga berlakunya mimpi ngeri.

     

    Cara Mengatasi Mimpi Buruk Ketika Kehamilan

    Berhenti Risau dan Berfikiran Positif
    Walaupun agak sukar, ibu-ibu perlu berhenti daripada risau dengan perkara yang tidak sepatutnya. Kehamilan adalah proses semulajadi yang selamat dan tidak menyakitkan. Untuk berhenti daripada perkara yang tidak sepatutnya,ibu-ibu perlu:-

    1. Mendapatkan nasihat kehamilan daripada pakar dan mereka yang arif sahaja.
    Sering terjadi ibu-ibu sering bertanyakan pendapat kepada rakan-rakan yang ada di sekeliling. Rakan-rakan sekadar memberikan pandangan mengikut pengalaman mereka dan bukannya secara ilmiah dan secara keseluruhan seperti daripada pakar. Pengalaman yang  berbeza hanya membuatkan ibu bertambah risau. Oleh yang demikian, dapatkan nasihat kehamilan daripada pakar agar ibu lebih yakin dan tidak risau lagi.

    Jumpa Dr

    2. Pelajari beberapa teknik relax dan Santai
    Lakukan aktiviti aktiviti yang boleh menggembirakan ibu. Contohnya mendengar muzik, memasak makanan kegemaran dan sebagainya. Ibu ibu juga boleh membuat senaman ringan atau riadah yang sesuai. Bagi ibu yang beragama Islam, berzikir dan mengaji Al Quran dapat memberikan ketenagan jiwa. Juga bacalah doa dan surah-surah pendek seperti 3 Qul sebelum tidur.

    3. Jangan Stress
    Terima diri seadanya termasuklah perubahan bentuk badan ibu. Ada ibu yang mudah stress hanya disebabkan peningkatan mendadak berat badan atau masalah kulit yang dialami ketika hamil. Memandangkan ibu-ibu hamil mudah sensitif, jangan libatkan diri dalam keadaan yang boleh membuatkan kita bersedih. Elakkan diri berada di dalam konflik atau sebarang pertengkaran.

    Selain itu, ibu-ibu juga perlu

    4. Jaga Pemakanan
    Pemakanan yang sihat amat penting ketika hamil. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram tinggi bagi menjaga kesihatan ibu. Pengambilan makanan bergula tinggi yang kerap boleh menyebabkan masalah GDM atau kencing manis ketika hamil. Makanan bergaram tinggi juga boleh menyebabkan tekanan darah ibu lebih tinggi daripada biasa.

    Diet Mommy

    5. Jangan tidur dalam keadaan perut kenyang
    Tidur dalam keadaan perut yang kenyang adalah tidak baik untuk kesihatan terutamanya ketika hamil. Seelok-eloknya hindari makanan berat atau pedas sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Sekiranya lapar ibu-ibu boleh mengambil makanan yang ringan seperti biskut keping atau segelas susu.

    6. Bantuan Vitamin Kehamilan
    Vitamin kehamilan seperti  B Complex dan Ostematrix sebenarnya dapat membantu di dalam mengurangkan tekanan/kerisauan dan membantu ibu hamil untuk tidur yang lebih lena. Ianya bukan sahaja dapat membekalkan nutrisi untuk ibu hamil, malah mampu memperbaiki simptom gangguan tidur, kekejangan dan edema.

    Doa Mek ila agar ibu-ibu dapat menempuhi 9 bulan ini dengan hati yang tenang dan ceria.   Salam Sayang!

    (Visited 197 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge