• Pencarian Mee Bandung Muar Tersedap Berakhir Di Sini!

    Haha, tajuk pun macam apa kan?
    Tapi itulah dia suami Mek ila. Beliau memang suka Mee Bandung. Setiap kali balik ke Tangkak, memang kami akan singgah menikmati Mee Bandung yang terletak di perhentian Bas dan Teksi Tangkak.

    Mee Bandung Paling Sedap

    Suami juga sanggup singgah ke Muar beberapa kali semata mata untuk menikmati Mee Bandung yang dikatakan sedap di beberapa buah kedai. Rasanya dah lebih dari 8 buah restoran yang kami cuba. Sampailah minggu lepas.

    Husband: ‘Sayang, Izal rasa Mee Bandung ni lah yang paling sedap.
    Mek ila: Ye ke? Lagi Sedap dari yang Muar tu?
    Husband: Aah
    Mek ila: Ni kira paling sedap kat Malaysia la ni?
    Husband: Paling sedap kat dunia, hihi

    Haha, nak ketawa pun ada. Tapi bila Mek ila rasa memang sedap pun. Rasa tak puas makan semangkuk. Tapi disebabkan diet, tak bolehlah nak makan sampai 2 mangkuk kan. Rasa Mee Bandung di kedai ni memang sedap dan tidak terlalu pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak juga.

    Nak Tahu Kat Mana Kedainya?
    Jeng jeng, dekat Kajang je di kawasan Sungai Kantan. Nama kedainya Yunos Mee Bandung Muar.

    Kedai Mee Bandung Muar Yunos

    Kedai Mee Bandung Muar Yunos II

    Kedainya memang simple tapi selalu penuh dengan pelanggan terutamanya di hujung minggu. Jadi kalau pembaca juga nak menikmati Mee Bandung Muar tersedap di dunia ini, bolehlah berkunjung ke kedai ini ye.

    Yang nak dapatkan info lanjut tentang alamat dan waktu kedai ini beroperasi bolehlah berkunjung ke Facebook Yunus Mee Bandung Muar.

    (Visited 452 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Pencarian Mee Bandung Muar Tersedap Berakhir Di Sini!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge