• 5 Cara Atasi Batu Karang Yang Buatkan Kencing Berdarah Daripada Berulang

    Terasa ngeri pula apabila teringat tentang penyakit Batu Karang ni. Maklumlah ianya sering dikaitkan dengan rasa sakit yang amat dan buatkan kencing jadi berdarah. Mendengarnya sahaja boleh buatkan kita kecut perut apa lagi mereka yang menanggungnya.

    Backache, Pain, Back.

    Lebih membahayakan penyakit ini boleh berulang seandainya penjagaan yang betul tidak dilakukan.

    Pembentukan Batu Karang

    Air kencing yang terbentuk di dalam buah pingggang akan mengalir keluar melalui  tiub ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang pula boleh terjadi apabila terdapat kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan pembentukan kristal.

    Batu Karang

    Selain faktor kurang minum air, batu karang juga boleh disebabkan oleh jangkitan salur kencing yang berulang kali. Batu karang ini boleh terbentuk di mana mana sahaja seperti di  buah pinggang, ureter atau pundi kencing.
    Terdapat beberapa jenis batu karang yang sering ditemui pada pesakit. Antaranya ialah batu, batu asid urik dan batu cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat yang bercampur dengan karbonat. Ia juga dikenali juga sebagai batu jangkitan.

    Jenis Batu Karang

    Tanda-Tanda  Penyakit Batu Karang

    Terdapat beberapa simptom yang menunjukkan seseorang diserang penyakit batu karang. Antaranya ialah:-

    • Sakit di bahagian abdomen atau pinggang
    • Tubuh berpeluh, pening dan loya tanpa sebab
    • Kencing tidak lawas, rasa sakit semasa kencing
    • Kencing bercampur darah
    • Badan lemah, menggigil dan demam
    • Kulit kering dan lesu akibat kekurangan air.

    Seandainya  terdapat tanda-tanda ini, segeralah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memberikan rawatan yang bersesuaian berdasarkan masalah batu karang yang dihidapi.


    Elakkan Batu Karang Daripada Berulang

    Masalah yang biasa berlaku pada pesakit ialah batu karangnya datang kembali walaupun telah mendapatkan rawatan. Di sini Mek ila ingin kongsikan 5 tips bermanfaat agar pembentukan kembali batu karang dapat dielakkan.

    1.Minum Air Masak Yang Cukup
    Bagi yang dewasa, kita digalakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan. Air yang mencukupi dapat mencairkan kepekatan bahan-bahan dalam urin yang membentuk kristal batu karang. Pengambilan jus yang sesuai seperti jus oren juga  amat digalakkan,

    2.Hadkan Pengambilan Garam Dalam Diet Harian!
    Pengambilan garam berlebihan  boleh menyebabkan batu karang.  Malah ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi. Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu sudu teh sahaja sehari.

    3.Hadkan Pengambilan Protein Daripada Haiwan
    Protein haiwan ini boleh meningkatkan tahap asid urik dalam tubuh dan boleh menyebabkan batu karang. Protein haiwan ini adalah seperti daging merah, makanan laut, organ dalaman seperti hati atau pedal dan telur.

    4.Elakkan Mengambil Makanan Yang Menyebabkan Pembentukan Batu Karang
    Makanan yang kaya dengan oksalat dan fosfat adalah penyumbang kepada pembentukan semula batu karang. Jadi untuk mengelakknya daripada berulang, hindarkan  diri daripada mengambilnya. Contoh makanan ini adalah tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat, teh dan minuman berkarbonat.

    5. Ambil Supplemen Yang Bersesuaian
    Berpantang makan bukanlah perkara yang mudah. Kebanyakan pesakit walaupun berazam untuk berpantang, sesekali ada juga yang terlepas. Maka pengambilan supplemen yang sesuai seperti Vivix amat digalakkan kepada pesakit batu karang.

    Vivix Untuk Batu Karang
    Vivix bukan sekadar membantu tubuh kita detoks iaitu menyingkirkan bahan-bahan toksin berlebihan daripada tubuh yang menjadi punca kepada pembentukan kristal batu karang, ia juga menjaga kesihatan tubuh pada peringkat selular.

    Ingin ikhtiar dengan Vivix? Whatsapp Mek ila :012-8943453 untuk konsultasi.

    (Visited 228 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “5 Cara Atasi Batu Karang Yang Buatkan Kencing Berdarah Daripada Berulang

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge