• Darah Period Tak Teratur? Ini Dapat Membantu!

    Masalah period tak teratur ni memang memeningkan kepala. Yang tak teratur tu satu perkara, yang tak datang period sampai bertahun pun ada. Period yang tak tak lancar ini boleh memberi kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba untuk mendapatkan cahayamata. Ia juga memberi kesan dari segi emosi di mana emosi wanita menjadi kurang stabil, mudah tertekan malah tahap kesihatan juga boleh terganggu.

    Masalah Period Tak TeraturMek ila juga pernah alami masalah ini semaja remaja dahulu. Lebih teruk lagi ianya turut datang dengan sindrom pms dan senggugut yang menyakitkan.

    Ada banyak sebab yang menjadi punca period tak teratur ini. Ada yang serius dan ada yang tidak. Ada yang boleh dirawat dengan hanya memakan supplemen yang bersesuaian. Ada juga yang serius hingga perlukan rawatan pakar dan pembedahan. Malah ada juga yang sembuh dengan sendirinya dalam tempoh masa yang tertentu.

    Antara Punca Period Tidak Teratur

    1. Masalah hormon. Apabila hormon yang mengawal kitaran haid bermasalah, kitaran haid juga akan terjejas dan tidak teratur.

    2. Pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat pencegagan kehamilan. Sebagai contoh penggunaan pil perancang boleh mengganggu kitaran period seperti period menjadi sedikit atau menjadi banyak, perubahan kitaran, period tidak datang dan sebagainya.

    Tekanan Punca Period Tidak Stabil

    3. Tekanan emosi, masalah peribadi, keluarga  dan kerjaya juga boleh menyumbang kepada ketidaksatabilan hormon dan period yang tidak teratur.

    4. Penambahan berat badan secara mendadak dan obesiti.

    5. Mengalami kesakitan yang kuat atau menghidap penyakit kritikal.

    6. Pengambilan ubat-ubatan steroid dalam kuantiti yang banyak atau pengambilan dadah.

    7. Masalah fizikal pada sistem dalaman wanita seperti:-

    • Imperforate hymen di mana tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan period tidak dapat keluar
    • PCOS (polycystic ovary syndrome) iaitu masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi

    Asherman Syndrome

    • asherman’s syndrome iaitu masalah pada dinding uterus; dan
    • fibroid iaitu ketumbuhan dalam rahim

    Tips Merawat Period Yang Tidak Teratur

    Sekiranya masalah yang dialami adalah serius dan berpunca daripada masalah fizikal dalaman, pesakit disarankan supaya berjumpa Doktor untuk rawatan selanjutnya.  Bagi masalah yang lebih ringan, kawalan pemakanan, pengambilan supplemen dan gaya hidup yang lebih sihat mampu membantu dan menghindarkan kita daripada masalah ini.

    Amalkan Pemakanan Sihat & Seimbang
    Kurangkan makanan berlemak dan tinggi gula. Makan secara seimbang supaya badan kita mendapat nutrien yang secukupnya dan boleh berfungsi dalam keadaan yang baik.

    Amalkan gaya hidup sihat
    Bersenam dan beriadhah sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu adalah penting untuk kesihatan.

    Masa Untuk Kecergasan

    Dapatkan berat badan yang ideal.
    Melalui pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam, berat badan boleh diturunkan secara terkawal. Penurunan berat badan juga boleh memberi impak yang positif kepada kebanyakan masalah yang disebabkan oleh obesiti.

    Berfikiran Positif & Hidup Dengan Lebih Ceria
    Masalah atau tekanan akan sentiasa ada di dalam kehidupan. Belajarlah cara-cara yang betul dalam menangani masalah agar ianya tidak mengganggu kehidupan kita.

    Ambil Supplemen Yang Sesuai
    Antara supplemen yang sesuai diambil untuk masalah period tidak teratur ialah GLA  dan Vivix. GLA  membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan period berjalan lancar.

    Jom kita tengok video ini.

    Selain GLA, Pengambilan Vivix juga amat membantu dalam memperbaiki paras hormon di dalam tubuh dan seterusnya menstabilkan semula kitaran period. Bukan sekadar darah period, mereka yang menghadapi masalah darah nifas juga bagus mengamalkannya.

    Period Kembali Datang Selepas Berbulan Tiada

    Vivix Lancarkan Darah Haid

     Masalah Period Tak Tertatur Kembali Lancartestimoni-vivix-period-tidak-teraturDarah Nifas Kembali Lancar

    Vivix Untuk Lancarkan Darah Nifas

    Alhamdulillah kan. Jadi kalau pembaca semua mengalami masalah di atas, jangan ragu ragu untuk mencuba Vivix. Bagi wanita yang ingin hamil, GLA & Vivix juga sangat membantu di dalam meningkatkan kesuburan.

    Wasap Mek ila: 012-8943453 untuk konsultasi.

    (Visited 243 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge