• Happy 6th Birthday Arif Fahmi, We Love You

    Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nak masuk usia 6 tahun anak sulung Mek ila, Arif Fahmi. Walaupun baru berusia 6 tahun, sifatnya agak matang seperti orang dewasa. Semua benda tahu, hihi. Paling terharu Arif Fahmi juga sering menawarkan diri untuk menjadi imam ketika solat. Sebabnya semasa Mek ila memujuknya untuk bersunat awal, salah satu ayat yang digunakan ialah

    Lepas sunat nanti, Arif dah boleh jadi imam tau.

    Haha, memang excited Arif ni. Malah ketika usianya 5 tahun, Arif juga telah berpuasa penuh selama 21 hari. Alhamdulillah, Arif telah faham erti berpuasa terutama untuk melatih diri bersabar dan sama sama merenungi kesusahan yang dialami oleh orang orang yang kurang bernasib baik.

    ArifFahmi 6 Tahun

    Anak-Anak Cerminan Kepada Ibu Bapa

    Sebagai ibu bapa, kami cuba mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik tetapi penuh dengan kasih sayang dan pengertian. Ini kerana walau sematang mana pun anak-anak, mereka masih anak-anak yang manja dan ingin difahami. Malah bagi Mek ila, kita perlu menunjukkan contoh terlebih dahulu. Adakalanya ketika Arif marah kepada Mek ila atau suami, Mek ila akan bertanya:

    Arif, Arif pernah tengok tak papa marah Wan? Tak pernah kan? Anak kena cakap baik baik dengan ibu dia tau. Barulah Allah sayang.

    Hakikatnya bukan mudah menjadi ibu bapa, malah kami juga tidak segan meminta maaf kepada Arif andai ada perbuatan kami yang tersalah atau menyinggung perasaannya. Malah pandangan Arif juga sentiasa diambil untuk semua perkara yang melibatkan dirinya.

    Solat Jemaah

    Minat Arif

    Apa yang kami minati, itu jugalah yang Arif suka. Sejak kecil lagi, Arif amat menyukai mesin rumput. Maklumlah selalu tengok papanya mesin rumput di kawasan rumah. Arif juga sangat suka pergi ke kebun atau melakukan aktiviti yang berkaitan seperti menanam pokok bunga, menyapu sampah dan sebagainya. Paling kelakar bila ditanya nak hadiah apa, Arif inginkan cangkul kecil yang boleh digunakan untuk menolong papa menanam bunga.

    Cangkul Baru Arif

    Pergi ke kebun juga amat disukai oleh Arif. Seronok membantu papa membersihkan kebun di samping dapat camping dengan sepupu sepupu yang lain.

    Camping di Kebun

    Memandangkan Mek ila menjalankan perniagaan Shaklee, Arif Fahmi juga sangat bijak dan hampir memahami kegunaan setiap Vitamin. Contoh kalau nak selsema atau rasa nak demam, cepat cepat Arif minta Nutriferon atau Vitamin C. Paling tak tahan Arif pernah reguest untuk minum Vivix. Haha, rupa-rupanya Arif pun berkenan dengan Vivix.

    Ibu,kenapa abang tak boleh minum Vivix?

    Kenalah Mek ila terangkan bahawa Vivix hanya boleh diminum oleh orang dewasa sahaja. Untuk kanak-kanak ianya hanya boleh jika perlu dan dengan pandangan Doktor sahaja. Takpelah sayang, tak boleh minum, jadi model Vivix Ibu pun jadi lah kan.

    Model Vivix Ibu

    Happy Birthday Arif Fahmi. Moga jadi anak yang soleh & berjaya di dunia dan akhirat.

    (Visited 75 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge