• Kisah Kek Birthday Kereta Merah Arif Fahmi Tahun Ini

    Setiap  kali tibanya birthday anak-anak, rasanya para ibu lah yang paling excited. Macam papa papa ni lebih relax, ikutkan aje apa yang perlu. Hahaha, betul ke?

    Kisah Kek Kereta Merah
    Seperti tahun-tahun yang lalu, biasanya Mek ila akan bertanya sendiri kepada anak-anak tema kek yang mereka inginkan. Kalau tahun lepas Ultraman yang menjadi pilihan, tahun ini Arif inginkan kek kereta merah pula. Jadi macam biasalah Mek ila akan mula google bagi mendapatkan contoh-contoh kek untuk dipilih. Antara banyak-banyak gambar kereta merah, Arif memilih kek ini.

    Kek Kereta Merah

    Sayangnya semasa nak tempah kek, En Amran menyatakan yang beliau jarang buat kek 3D sebegini, jadi  dengan persetujuan Arif Mek ila pun menempah kek birthday biasa dengan idea untuk meletakkan kereta  mainan berwarna merah di atasnya. Tq juga pada Encik Amran yang sudi membuatkan kek comel dan sedap ini.

    Kek Arif Fahmi

    Comel kan kek ni? Memang seronoklah Arif dan rakan-rakan menikmatinya di sekolah.

    Happy Birthday Arif Fahmi
    Kek Kereta Merah 3D
    Hasrat Arif untuk makan kek kereta merah 3D ini tak pernah Mek ila lupakan. Maka timbullah idea untuk membuatnya semasa hujung minggu semasa sepupu sepupu Arif datang ke rumah. Kalau kek untuk makan sendiri ni, beranilah Mek ila buat. Kalau nak bawa ke sekolah tu, tak sanggup sebab pasti ada comot di sana sini.

    Cabaran Buat Kek
    Memandangkan dah lama Mek ila tak buat kek butter cream ni, memang haru biru juga dibuatnya. Semua peralatan untuk deco dah hilang, jadi terpaksalah beli set yang  baru. Bila dah balik darikedai, barulah perasan piping bag tiada. Nak tak nak terpaksalah gunakan plastik biasa yang disengetkan menjadi segitiga. Tengah tengah deco, kek pula terbalik sebab Mek ila deco di atas bekas tupperware yang ringan. Hahaha

    Paling haru, baru perasan untuk mendapatkan warna merah saga untuk kereta, Mek ila perlu beli pewarna oren, bukannya pewarna merah. Memandangkan masa dah suntuk dan sepupu sepupu Arif pun dah sampai, maka aktiviti mendeco diteruskan menggunakan warna yang dibeli. Akhirnya terhasillah kek Kereta Merah Pink ini.

    Kek Kereta 3D Arif

    Walaupun sedikit comot dan deco pun tak secantik yang asal, Alhamdulillah Arif & sepupu sepupu happy dan sukakan kek ini.

    Happy Birthday 2u ARif
    Kesimpulannya nak deco kek bukannya mudah tapi memang seronok bila anak-anak happy dan sukakannya.

    (Visited 383 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge