• Sehari Yang Menyeronokkan Bersama Anak-Anak di Domino, Beryls dan Yakult

    Ikut anak-anak pergi trip dengan rakan-rakan tadika mereka?
    Wah, memang menyeronokkan. Maklumlah masa kita kecik-kecik dulu mana ada trip begini kan?

    Bila tau  anak-anak  ada trips, terus je Mek ila hubungi Teacher Kasyah, owner Little Caliphs Taman Tasik Semenyik ni. Memang mudah sangat nak berurusan, terus close deal untuk ikut. Tapi yang paling menyeronokkan bila papa Arif pun nak join sekali. Memang seronok lah anak-anak dan Mek ila sekali.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih

    Aktiviti Lawatan

    Seawal jam 7.45 pagi, kami semua berkumpul di Tadika Little Caliphs. Kad nama untuk lawatan diagih-agihkan pada semua. Mek ila dan Arif di dalam 1 group manakala Papa Arif pula bersama sama Akmal. Lawatan ini dikendalikan oleh 2 orang fasilitator iaitu  Abang K dan Abang BoiBoiBoi. Memang kelakar juga mereka ni tapi sangat pandai dalam menangani kerenah anak-anak. Mek ila dan anak-anak menaiki bas manakala Papa Arif pula pergi dengan menaiki kereta.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih Taklimat

    Lokasi Pertama : Domino Pizza

    Loaksi pertama kami ialah Domino Pizza. Wah perut terus lapar bila terbau pizza yang sedap ni walaupun dah je makan di rumah dan di dalam bas tadi. Di sini, semua anak-anak diberikan peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana pizza dibuat bermula daripada doh pizza hinggalah kepada toppingnya.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih Domino Pizza Lepas je demonstrasi tibalah pula untuk masa makan pizza. Memang seronok anak-anak menikmati pizza bersama rakan-rakan mereka.

    Lokasi Kedua: Kilang Beryls Cookies
    Memang excited nak pergi Beryls ni. Ingatkan ini kilang kilang coklat tapi rupa-rupanya kilang cookies. Di sini anak-anak ditunjukkan dengan tayangan video tentang cara-cara penghasilan coklat dan cookies. Kami juga dibawa melawat ke bahagian pengeluaran untuk melihat bagaimana cookies dan cake dihasilkan.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih BerylsTak lengkap lawatan ni tanpa bershopping cookies. Banyak jugalah Mek ila borong. Paling kelakar semas bas bergerak, ada 2 orang penumpang orang dewasa yang tertinggal, hihi.

     

    Berhenti Rehat
    Kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Zuhur di Masjid UPM. Setelah selesai, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir iaitu Kilang Yakult di Seremban. Sempat jugalah  Mek ila melelapkan mata seketika di dalam bas.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih Yakult

    Lawatan ke kilang Yakult juga amat menyeronokkan. Selepas tayangan video, semua anak-anak dijemput untuk menikmati Yakult. Seterusnya kami dibawa ke dalam kilang untuk melihat sendiri cara-cara Yakult dihasilkan bermula daripada penyemaian kultur, penghasilan botol Yakult hinggalah kepada packaging Yakult.

    Lawatan Little Caliphs Semenyih Vivix

    Habis je lawatan, penat pun dah mula terasa hihi. Nasib baik Mek ila bawa bekal Vivix & Performance Drink ni. Dahaga hilang, tenaga pun  recharge. Memang wajib ambil pada hari-hari yang sibuk & perjalanan yang jauh. Kurang sikit penatnya.

    (Visited 267 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Mendidik Anak

    Tags: , , , ,

    One thought on “Sehari Yang Menyeronokkan Bersama Anak-Anak di Domino, Beryls dan Yakult

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge