• Sepagi Yang Hangat Bersama Vivix di Puncak Broga ~

    Salam semua ~

    Alhamdulillah selesai sudah misi kami, geng geng Shaklee Ireach Fit menawan puncak Bukit Broga pada hari semalam. Walaupun tinggal di Semenyih, Mek ila sendiri tak pernah mendaki Bukit ini. Haha, teruk kan? Maklumlah kalau nak mendaki suka-suka sahaja tanpa kawan atau tujuan tertentu, tentulah tak seronok. Sememangnya misi ini banyak memberikan pengalaman baru pada Mek ila sendiri.

    Misi Bukit Broga

     Misi Pendakian Bukit Broga
    Seawal jam 7.00 pagi kami semua berkumpul di pintu masuk Bukit Broga. Menariknya pendakian ini turut disertai oleh ramai anak-anak termasuk bayi. Asalnya Mek ila ingin membawa Arif Fahmi mendaki namun di saat saat akhir terpaksa dibatalkan kerana encik hubby perlu pulang ke kampung di atas urusan yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah nanti bolehlah bawa Arif mendaki bersama sama Akmal dan sepupu-sepupu Arif yang lain.

    Anak Anak Turut Mendaki Bukit Broga

    Sebelum mendaki, taklimat ringkas pendakian disampaikan dahulu oleh Master Coach Kamaruddin. Memang penat juga pendakian ini namun sangat teruja bila anak-anak yang menyertai begitu bersemangat dan teruja. Tenaga anak-anak ini  memang menakjubkan. Nak gelak pun ada bila ada pendaki pendaki lain mengatakan yang anak-anak ini pelajar sekolah tadika. Haha, mungkin agaknya ini kali pertama mereka melihat begitu ramai anak-anak kecil mendaki Bukit Broga.

    Sesi Pendakian
    Sesi pendakian memang adakalanya sedikit mencabar. Apatahlagi bila membawa anak-anak kecil. Namun  semangat bantu membantu dan saling menolong membuatkan pendakian berjalan lancar. Alhamdulillah anak-anak juga sporting dan memberikan kerjasama yang sangat baik.

    Sekitar jam 8.30 pagi kami semua selamat sampai di Bukit Broga. Alhamdulillah, tak sangka akhirnya sampai juga ke kaki Bukit ini walaupun telah lebih daripada 3 tahun tinggal di Semenyih.

    Anak Anak Sampai Ke Puncak Bukit Broga

    Kami berada di puncak kira-kira 30 minit sebelum turun semula ke kaki bukit. Macam biasalah bila di atas ni perkara paling best dilakukan adalah menikmati pemandangan di sekitar Semenyih dan juga sesi bergambar.

    Model Vivix paling Kecil

    Paling seronok bila misi kami untuk membawa dan bergambar dengan Vivix di puncak Bukit berjaya. Dan inilah dia model Vivix kami yang paling comel dan muda, adik Suhayl Amru yang baru berusia 10 bulan.

    Model Vivix

    Apa pun pengalaman mendaki kali ini memang menyeronokkan. Ianya juga adalah salah satu aktiviti gaya hidup sihat yang boleh dipraktiskan bersama sama keluarga. Melihat pemandangan indah ciptaan Tuhan juga dapat mengingatkan kita tentang kebesaran Ilahi.

    Kami Dah Tawan Bukit Broga

    Sempat juga kami merakamkan video pendek untuk kenangan semua. InsyaAllah nanti panjat lagi ye!

     

    (Visited 188 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags: , , , ,

    4 thoughts on “Sepagi Yang Hangat Bersama Vivix di Puncak Broga ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge