• Awas Bila Batuk Berpanjangan, Ia Mungkin Penyakit Tuberkulosis (TB)

    Encik Razali mengalami batuk berpanjangan selama lebih daripada 2 minggu. Pelbagai ubat batuk telah ditelannya namun keadaan batuknya masih tidak berubah. Beliau akhirnya menjalani ujian bagi penyakit Tuberkulosis di mana sample kahaknya diambil untuk ujian makmal. Selepas sebulan, result ujian ini dikeluarkan dan beliau disahkan menghidapi Batuk Kering atau Tuberkulosis (TB). Sejak itu beliau perlu menjalani rawatan TB dan perlu makan pelbagai ubat yang dibekalkan selama 6 bulan.

    Tanda Penyakit TB

    Kenali Apa Itu Penyakit TB

    Batuk kering atau Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti  paru-paru. Selain paru-paru, bakteria ini juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan, usus, kulit, dan selaput otak (tuberculous meningitis).

    TB adalah salah satu masalah kesihatan utama di seluruh dunia. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang muncul semula terutama di Malaysia. Dianggarkan  1/3 dari penduduk dunia dijangkiti TB dengan kadar kematian 2 juta setiap tahun.

    Bagaimana Tibi Berjangkit?

    Tibi berjangkit melalui udara. Apabila seorang pesakit tibi batuk atau bersin, bakteria ini akan dikeluarkan dan ianya boleh menjangkiti individu yang berada di kawasan berhampiran. Setelah dijangkiti, bakteria ini akan mengambil masa antara 2-10 minggu sebelum pesakit menunjukkan gejala jangkitan.

    Gejala Tibi

    Tanda dan Gejala Pesakit Tibi

    Selain daripada batuk berterusan melebihi dua minggu, pesakit juga biasanya mengalami:

    • Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah
    • Hilang selera makan dan susut berat badan
    • Demam
    • Kesukaran bernafas dan sakit dada
    • Berpeluh di waktu malam
    • Suara menjadi serak.


    Ujian Penyakit Tibi

    Bagi Tibi Pulmonari, sample kahak daripada pesakit akan diambil untuk ujian makmal. Seterusnya proses kultur bagi tuberculosis akan dijalankan. Secara purata, proses kultur ini akan mengambil masa 2-4 minggu untuk melihat hasilnya. Bagi Tibi bukan Pulmonari, sample juga boleh diambil daripada cecair atau tisu badan yang lain. Pesakit yang disahkan sebagai Pesakit Tibi perlu menjalani rawatan segera bagi mengelakkan komplikasi seperti batuk berdarah atau paru-paru bernanah yang boleh membawa maut.

    Rawatan Pesakit Tibi

    Penyakit TB akan dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan. Ianya akan dimulakan dengan ubat isoniazid, rifamipicin, ethambutol dan pyrazinamide selama 2 bulan, diikuti dengan isoniazid dan rifamipicin selama 4 bulan.

    Bagi pesakit TB yang resistant kepada ubat, rawatannya pula adalah lebih sukar. Ia memerlukan 4 hingga 6 jenis ubat selama 18 sehingga 24 bulan dan  rawatan pula perlu dilakukan oleh pakar yang terlatih. Pesakit juga akan dimasukkan ke hospital sekiranya keadaan mereka tenat, Tibi menjangkiti bahagian saraf pusat, pesakit mengalami komplikasi yang teruk, pesakit dengan penyakit kritikal yang lain  atau alah kepada ubat-ubatan yang dibekalkan.

     

    Bagaimana Mencegah Jangkitan Tibi?

    Setiap bayi yang baru lahir akan diberikan suntikan imunisasi (BCG) kecuali bayi yang mempunyai masalah kurang berat badan atau bayi yang lahir daripada ibu yang HIV positif. Vaksin semula juga akan diberikan kepada bayi atau kanak-kanak  yang telah diberikan Vaksin BCG tetapi tidak mempunyai parut BCG, mempunyai parut kurang dari 2mm atau jika tidak pernah mendapat imunisasi BCG semasa lahir. Imunisasi BCG telah terbukti memberi 70 hingga 80% perlindungan terhadap meningitis TB.

     

    Rawat Tibi Dengan Supplemen Shaklee

    Berdasarkan pengalaman daripada seorang kenalan, rawatan penyakit Tibi memang memeritkan. Kesan penyakitnya juga bagaikan berpanjangan walaupun rawatan telah tamat. Oleh yang demikian pengambilan Supplemen amat digalakkan bagi membina semula pertahanan tubuh dan membantu pesakit mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

    Penawar Tibi Vivix Shaklee

    ” Mal, aritu awak cite bapak mertua awak kena tibi, awak bagi vivix kan..Brape lama baru ok?
    sebotol makan..beberapa bulan baru ok lah..Tapi memang sebotol je makan..

    Maksudnya sebulan 1 botol ke, tunang adik kita disyaki tibi..

    Leh makan vivix untuk ikhtiar..dia tanya berapa lama makan baru baik..

    sebulan bak kata lakiku..”

    Penawar Tibi Vitamin Shaklee

    Rawatan Tibi memang azab. Vivix bantu rawat Tibi.

    Rawatan Tibi

    Jom dapatkan Vivix hari ini. Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 6,528 times, 4 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Awas Bila Batuk Berpanjangan, Ia Mungkin Penyakit Tuberkulosis (TB)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge