• Bila Bayi Mati Dalam Dalam Kandungan – Ujian Terhebat Seorang Ibu

    Kematian bayi di dalam kandungan atau  dipanggil stillbirth memang sesuatu yang menyedihkan terutama kepada ibu itu sendiri. Impian untuk memiliki seorang anak hilang begitu sahaja secara tiba-tiba.

    Bayi Mati Dalam KandunganSetiap hari ibu merasakan pergerakan bayi di dalam kandungan. Malah tendangan bayi juga amat mengujakan, tetapi di suatu hari bayi tiba-tiba berhenti bergerak. Apabila diperiksa, Dr mengesahkan bayi telahpun meninggal dunia. Tak dapat Mek ila bayangkan perasaan sedih itu, namun ibu tetap harus kuat dan tabah menerima ketentuan ini. Kesedihan itu juga tidak berhenti di situ, malah ibu juga masih perlu kuat dan berjuang untuk melahirkan bayi ini.

    Stillbirth

    Stillbirth bermaksud kematian bayi di dalam kandungan selepas minggu ke 20 kehamilan hinggalah pada saat kelahiran sebelum bayi sempat dilahirkan. Salah satu tanda yang menunjukkan tanda-tanda ini ialah apabila bayi kurang bergerak seperti biasa atau bayi langsung tidak bergerak.

    Antara Punca Kematian Bayi

    Tidak semua kematian bayi dapat ditentukan puncanya malah bagi sesetengah kes ianya dianggap sebagai tidak diketahui puncanya. Walau bagaimanapun beberapa punca kematian yang dikenalpasti adalah:-

    1. Masalah pada uri atau tali pusat. Terdapat kemungkinan bahawa uri mungkit terbelit, terpisah atau terjadinya pendarahan pada tali pusat dan uri.

    2. Jangkitan pada bayi ketika di dalam kandungan seperti jangkitan toxoplasmosis atau rubella.

    Ibu Hamil Sedih

    3. Masalah kesihatan ibu yang kritikal seperti darah tinggi atau diabetes yang tidak terkawal.

    4. Masalah kromosom tidak normal atau kecatatan pada bayi sendiri yang melibatkan organ penting seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang.

    5. Kecederaan yang berlaku pada ibu di bahagian perut atau rahim.

    6. Masalah autoimun pada ibu seperti SLE.


    Proses Melahirkan Bayi

    Setelah bayi disahkan meninggal dunia, ibu diberi pilihan untuk melahirkan bayi secara semulajadi atau dengan bantuan perubatan. Semulajadi bermaksud ibu boleh menunggu saat kelahiran ini secara  normal,  namun ianya mungkin memakan masa dan bukan semua ibu sanggup menunggunya. Untuk ibu yang memilih untuk bersalin secara bantuan pula, proses rangsangan atau induce akan dijalankan secara secara teliti dan perlahan-lahan. Ia juga mungkin mengambil masa antara 1 hari hingga ke beberapa hari.

    Saat-saat kelahiran ini juga amat menyedihkan. Ini kerana ibu perlu melahirkan bayi yang telah meninggal dunia. Setelah bayi dilahirkan, ibu juga masih perlu berpantang seperti biasa. Bezanya mereka berpantang tanpa bayi. Ini juga boleh membuatkan ibu bersedih dan rasa tertekan.

     Sokongan Suami dan Keluarga

    Sokongan papa amat penting dan diperlukan oleh mama. Ibu ibu mungkin akan menjadi lebih sensitif dan sedikit trauma dengan pengalaman yang dilalui. Maka papa perlu lebih prihatin dan cuba meluangkan lebih banyak masa bersama mama. Tempuhi saat -saat sedih ini bersama dan bina semula kekuatan untuk kembali merancang kelahiran anak yang akan datang.

    Langkah-Langkah Pencegahan

    Walaupun kematian bayi adalah ketentuan, namun ibu-ibu boleh menjalankan langkah-langkah pencegahan yang boleh mengelakkan risiko kematian bayi . Di antaranya ialah:-

    1. Jaga Kesihatan Ibu Sebelum dan Semasa Hamil.
    Adalah penting untuk ibu memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sebelum dan semasa hamil. Bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi, amat penting  untuk ibu memastikan penyakit ini terkawal dengan mengikuti saranan yang diberikan oleh Doktor.

    2. Mengambil suntikan Rubella bagi mengelakkan risiko penyakit rubella.

    3. Elakkan daripada makan makanan mentah atau separuh mentah yang boleh membawa kepada jangkitan toxoplasmosis. Jangkitan ini juga boleh diperolehi daripada kucing, maka elakkan daripada memelihara kucing ketika hamil.

    4. Sekiranya hamil semula, dapatkan pemeriksaan Doktor dengan segera bagi mengesan sekiranya terdapat ketidakabnormalan pada bayi.

    5. Pantau carta pergerakan bayi dengan lebih teliti. Segera ke hospital sekiranya pergerakan bayi kurang atau bayi tidak aktif seperti biasa.

    Berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang mengalami masalah stillbirth, terutama yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui, Mek ila dapati kehamilan mereka yang berikutnya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.  Hasrat untuk menimang cahayamata terkabul juga dengan izin Allah. Yang penting kita harus terus menjaga kesihatan dan yakin dengan rezeki kurniaan Allah ini.

    (Visited 2,027 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Bila Bayi Mati Dalam Dalam Kandungan – Ujian Terhebat Seorang Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge