• Legakan Perut Bayi dan Anak-Anak Dengan Minyak Bebe Anugerah

    Minggu lepas masa balik ke kampung, perut Akmal sedikit kembung. Macam tak selesa je. Siap bagitau Mek ila: Ma, akit, sambil menunjuk perutnya. Oh, sakit perut ye sayang? Mesti masuk angin ni sebab lambat makan dalam perjalanan tadi. Memang Mek ila tak bawa apa-apa minyak pun. Bila tanya kakak, dibaginya Minyak Bebe Anugerah ni.

     

    Minyak Bebe Teman Baik Si Manja

    Kata kakak, ini minyak bayi yang cucunya selalu gunakan. Kalau baby kembung je atau resah gelisah susah nak tidur malam, memang disapu minyak Bebe ni. Memang ok dan baby boleh tidur semula dengan lena.

    So apa lagi, Mek ila pun sapulah ke perut Akmal. Bau minyak ni pun wangi, macam bau buah-buahan je. Tak melekit sangat dan mudah meresap. Lepas sapu tu Akmal baring sekejap. Tak sampai 10 minit, terus bangun dan sambung bermain dengan abang Arif dan sepupu yang lain. Lega nampaknya. Dalam hati berkata-kata ‘Wah, bagus juga minyak ni’.

    Harga Minyak Bebe

    Memandangkan minyak ni macam best je, Mek ila pun minta pada kakak supaya jualkan pada Mek ila. Ingatkan mahal minyak ni, rupa-rupanya cuma RM15. Murah kan, tapi tak beli pun sebab kakak bagi free je. Rupa-rupanya kakak beli setengah dozen sebab katanya memang simpan buat stok.

    Minyak Bebe

    Mek ila belek-belek juga botol Minyak Bebe ni, nak tengok apa kandungannya. Patutlah perut bayi jadi lega, sebab kandungan dia memang herba dan tumbuhan yang menyamankan. Dalam minyak ni ada minyak  kayu putih, serai, lengkuas, pudina dan limau purut. Memang bahan-bahan semulajadi jadi tak risau untuk sapu kat bayi.

    Jadi memang suggest sangat pada kawan-kawan yang bayi atau anak-anak ada masalah kembung, gunalah Minyak Bebe ni. Ialah sebab Mek ila pun dah merasa pengalaman bila Arif dulu ada masalah kembung. Boleh dikatakan hampir setiap malam menangis sampai mati akal dibuatnya. Tahu ajalah bila anak tak boleh tidur malam, Mak dan ayah pun akan jadi macam burung hantu. Sayangnya masa tu belum ada lagi Minyak Bebe ni.

    Manja Tidur Lena Dengan Minyak Bebe

    Kalau pembaca  nak tahu maklumat lanjut tentang minyak ni bolehlah berkunjung ke laman web rasmi mereka di bawah ni ye.

    Website Minyak Bebe Anugerah | Facebook  Minyak Bebe Anugerah
    dan follow Instagram Minyak Bebe Anugerah. 

    (Visited 369 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Legakan Perut Bayi dan Anak-Anak Dengan Minyak Bebe Anugerah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge