• Panau, Info & Cara Merawatnya

    Bila sebut tentang panau ni, ramai yang tak tau rupanya dia juga sejenis penyakit kulit. Walaupun tidak seteruk sopak,panau masih perlu dirawat dan diatasi supaya ianya tidak melarat.

    Panau dan Cara Merawat
    Bagaimana Panau Berlaku?

    Panau disebabkan oleh adalah jangkitan kulat jenis Malassezia yang  berlaku pada lapisan luaran kulit. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

    Jangkitan Panau Di Bahagian Tubuh

    Bahagian badan yang selalu dijangkiti panau adalah seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit akan mempunyai tompok-tompok pucat berwarna putih, merah jambu atau tompok gelap  berwarna perang dan  hitam dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok ini biasanya berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat menjadi lebih  luas. Walaupun panau tidak gatal, terdapat juga panau yang boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian terlibat.

    Panau boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi jangkita lebih mudah terjadi kepada pesakit yang  yang kekurangan zat makanan atau mereka yang kerap mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik. Panau juga boleh berlaku kepada pesakit hyperhidrosis iaitu mereka yang mempunyai peluh yang berlebihan.

    Tips Elakkan Jangkitan Panau

    Walaupun panau disebabkan oleh jangkitan kulat, penjagaan kebersihan juga perlu dititikberatkan supaya jangkita tidak mudah terjadi. Antaranya ialah:-

    1. Elakkan daripada berkongsi tuala mandi dengan orang lain.
    2. Elakkan daripada memakai baju yang sama secara berulang-ulang tanpa dibasuh
    3. Jangan mandi atau membasuh muka ketika bapan masih berpeluh. Biarkan peluh kering seketika sebelum mandi.

     

    Rawat Panau Dengan Set Supplemen Shaklee
    Seperti yang kita tahu, panau disebabkan oleh jangkitan kulat. Maka supplemen yang penting untuk diambil ialah supplemen yang membantu menguatkan imun tubuh dan antikulat.

    Set Panau Shaklee

    Khasiat & Kegunaan Set Panau Shaklee

    Garlic Complex
    Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.

    Alfalfa Complex
    Alfafa bertindak sebagai anti kulat, menyingkirkan toksin dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan.

    Vitamin C
    Membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat. Vitamin C juga penting untuk kulit yang sihat dan sekata.

    Krim Herba Blend
    Krim serbaguna ini melegakan kulit, menghilangkan kegatalan dan berkesan untuk melembutkan kulit termasuk kulit yang kasar di seluruh tubuh termasuk pada tumit dan siku.

    Yang pastinya panau ini boleh dirawat walaupun ianya mungkin mengambil masa. Rawat sebelum parah agar kita tidak hilang keyakinan diri dengan panau yang ada di bahagian tubuh.

    Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk bantuan dan konsultasi.

    (Visited 364 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge