• Pau Cendawan Viral di Putrajaya – Sedap Sangat Ke Sampai Kakak Ni Sanggup Beratur Selama 3 Jam Di Bulan Puasa?

    Semenjak awal Ramadhan, kisah Viral Pau Cendawan di Putrajaya ni memang menarik perhatian ramai termasuklah rakan-rakan Mek ila sendiri. Boleh dikatakan topik ini selalu dibincangkan di group whatsapp sampaikan semua orang teruja untuk menikmatinya. Tapi sayang kebanyakannya hampa apabila pau ini sering habis dijual  walaupun pelanggan telah beratur  seawal jam 1.00 tengahari setiap hari.

    Pau Cendawan Putrajaya

    Walaupun kebanyakan gerai di Bazaar Ramadhan hanya dibuka sekitar jam 3.30 petang, lain pula ceritanya dengan gerai Pau Cendawan ini. Ramai yang sanggup beratur berjam-berjam seawal jam 1.00 tengahari untuk mendapatkannya. Lebih dahsyat lagi, setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk membeli 6 biji pau sahaja. Kata pemiliknya ia bagi memberi peluang kepada ramai pembeli lain yang telah beratur.

    Mek ila memang telah merancang untuk ke Bazaar Ramadhan Putrajaya pada waktu petang untuk COD Vitamin. Kebetulan ada pula kawan yang memang dah plan nak beratur untuk membeli pau ini, jadi Mek ila pun tumpang kirim pada kawan yang nak beratur tadi. Namun seperti dijangka, pau cendawan habis lebih awal.

    Pau Cendawan

    Haha, hampa lah juga sebab dah janji dengan encik Hubby untuk membeli Pau ini. Jadi setelah COD Vitamin di Bazaar Ramadhan ni, Mek ila terus berlalu pergi. Tapi sempat juga beli Coconut Shakes Sedap tanpa ais yang menjadi kegemaran Arif Fahmi di Putrajaya ni.

    Coconut Shake Sedap Putrajaya
    Dalam perjalanan balik, ternampak pula orang beratur panjang. Dalam hati, beratur untuk pau ke ni? Bukan ke pau dah habis?

    Rupa-rupanya memang betul. Mereka beratur untuk pau Cendawan yang telah di restock. Haha, memang dahsyat. Rasanya lebih daripada 100 orang yang sedang beratur. Memandangkan Mek ila telah sampai, ambil kesempatan juga untuk mengambil gambar Pau Viral ini. Tiba-tiba seorang kakak yang berada di bahagian belakang menegur.

    Adik tak nak beli ke? Akak ni dah beratur dari jam 3.00 petang. Dah lebih 3 jam ni. Memula suami akak yang beratur, lepas tu akak pula datang ganti. Nak pengsan rasa.

    Apa lagi kami pun berborak.

    Mek ila:  Tadi dah kirim kat kawan kak, tapi katanya dah habis. Takde rezeki nampaknya.
    Kakak: Aah, tadi dah habis. Ni baru sampai balik. Meh la akak belikan adik?
    Mek ila: Eh takpe kak, nanti apa kata orang. Saya tak beratur pun. Saje singgah nak tengok je.
    Kakak: Eh takpe, akak belikan 🙂

    Wah, so awesome. Betul betul rezeki. So dapatlah Mek ila 3 biji pau Cendawan dengan cara yang sangat mudah dan tak terduga. Baik betul hati kakak tu. Beliau juga sangat gembira sebab dapat juga membeli Pau Cendawan Viral ini selepas menunggu beberapa hari.

    Pau Cendawan Arif

    Sedap ke Pau Cendawan Putrajaya ni?

    Paunya memang lembut dari biasa. Intinya juga sedap, campuran ayam & cendawan bersos.

    Inti Pau Cendawan

    Patutlah kakak ni dan ramai pembeli yang lain sanggup beratur di tengah panas selama 3 jam semata-mata untuk Pau Viral ini. Berbaloi dengan rasanya yang enak. Tapi bagi yang tak dapat nak menikmati Pau ini, jangan putus asa tau. Dengar kata, pembeli boleh membeli pau frozen yang turut dijual atau beli Pau Cendawan ini di kedai Puan Rohani yang terletak di Puchong selepas hari raya.

    Alamat Kedai Pau Cendawan Viral Putrajaya

    Alhamdulillah, dapat juga rasa Pau Cendawan walaupun dengan cara yang tak terduga. Terima kasih kakak yang baik hati & jumpa lagi nanti walaupun langsung tak sempat nak tanya nama atau bertukar nombor telefon.

    (Visited 2,892 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags: ,

    2 thoughts on “Pau Cendawan Viral di Putrajaya – Sedap Sangat Ke Sampai Kakak Ni Sanggup Beratur Selama 3 Jam Di Bulan Puasa?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge