• Seronoknya Bila Emak Boleh Solat Tanpa Sakit Lutut Lagi

    Sakit lutut atau Osteoarthritis yang dialami oleh ramai wanita buatkan pergerakan mereka menjadi terjejas. Bayangkan nak berjalan pun terasa sakit, apatahlagi bila nak ruku’ atau sujud  ketika solat. Inilah yang selalu terjadi kepada emak-emak kita sampaikan terpaksa solat secara duduk.

    Penawar Sakit Lutut

    Sakit lutut sebenarnya adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang berpunca daripada sendi, tempurung lutut dan tulang rawan lutut. Ianya merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas.

     

    Penyebab Sakit Lutut

    Walaupun sakit lutut sering menyerang wanita yang berusia, sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

    1. Peningkatan Usia
    Peningkatan usia adalah antara faktor utama penyebab sakit lutut. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Sebab itulah ramai yang mudah sakit lutut apabila usia semakin meningkat terutama ayah dan emak kita. Antara petanda pelincir makin berkurangan ialah bila seseorang sukar untuk berdiri lama, susah untuk bangun selepas duduk dan sukar membongkokkan lutut seperti ketika sujud. Bagi wanita yang tidak suka minum susu, masalah saklit lutut lebih mudah terjadi berbanding mereka yang minum susu.

    2. Obesiti @ Kegemukan

    Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi-sendi di bahagian  kaki termasuk sendi lutut. Obesiti juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain datang seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

    3. Genetik
    Faktor genetik juga boleh memainkan peranan yang menyebabkan sakit lutut mudah berlaku . Ini biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai  bentuk tulang tidak normal yang mengelilingi sendi lutut. Ianya boleh diwarisi oleh anak-anak dengan mempunyai bentuk tulang yang sama.

     

    Normal Joint vs Osteoarthritis

    4. Jantina

    Wanita lebih mudah diserang sakit lutut berbanding lelaki. Inikerana tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar ini menyebabkan lebih banyak tekanan diberikan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini dalam masa yang panjang akan memberi kesan kepada  tempurung lutut dan  boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Selain itu perubahan hormon terutamanya masalah putus haid juga menyebabkan kaum wanita lebih berpotensi diserang penyakit lutut.

    5. Faktor Pekerjaan

    Pekerjaan yang memberi tekanan pada sendi secara berpanjangan juga menjadi punca kepada sakit lutut. Mereka yang paling berisiko adalah mereka yang bekerja mengangkat barangan berat, sering mencangkung dan melutut. Tekanan secara berterusan ini akan menyebabkan sakit lutut berlaku.

    Angkat Barang Berat

    6. Kecederaan
    Sakit lutut juga boleh disebabkan oleh kecederaan atau kemalangan. Ianya sering terjadi kepada atlit atau ahli sukan lasak seperti pemain bola sepak atau pemain ragbi. Mereka mungkin boleh terjatuh hingga menyebabkan kecederaan pada tempurung lutut.


    Vitamin Shaklee Untuk Masalah Sakit Lutut

    Selain pengambilan Set Sendi, pengguna juga boleh mengambil Vivix, Collagen Shaklee dan Ostematrix untuk ikhtiar yang lebih berkesan.

    ubat sakit lutut

    Mak saya memang ada masalah sendi dekat lutut. Bendalir di lutut mak pernah kering dulu masa tahun 2013. Sampai satu tahap ligamen dekat bahagian lutut koyak. Mak terpaksa di tahan wad dan kena masukkan cecair dekat lutut.

    Doktor kata biasanya cecair itu tahan paling lama 2 tahun. Paling cepat 6 bulan bergantung kepada keadaan. Dulu mak makan AJHT dan OMEGAGUARD. Kadang-kadang datang juga rasa sakit kat lutut. Mak tak boleh jalan jauh.

    Tapi sekarang dah dekat 3 bulan mak konsisten VIVIX dan COLLAGEN SHAKLEE .. Lutut mak semakin baik dan dah boleh turun sujud tanpa perlu tahan guna tangan. Alhamdulillah .. Mak turun naik tangga kat sekolah pun makin okey.

    Semoga lutut mak makin baik. InsyaAllah. Senang mak nak beribadat.

     

    Vivix Untuk Sakit LututDah habis sebotol, mak kata badan rasa ringan je. Nak solat pun xde masalah. Tidak sebelum ni nak solat tu lutut sakit. Aah, kalau tak memang nak naik tangga, turun tangga sakit. Nak rukuk pun susah, solat duduk. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah ok sangat.

    Alhamdulillah kan. Jom hadiahkan Set ini pada Ibu Tersayang. Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian.

    (Visited 231 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Seronoknya Bila Emak Boleh Solat Tanpa Sakit Lutut Lagi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge