• Seronoknya Dapat Masak Ayam Golek Dalam Butterfly Air Fryer

    Ayam Golek?

    Hmmmm Mek ila memang suka sangat makan ayam golek ni. Kalau singgah di bazaar Ramadhan tu, ayam goleklah makanan yang pertama sekali di cari. Tak taulah kenapa, tapi rasa ayam golek yang enak, lembut dan sedikit manis tu memang menggetar jiwa ehehe.

    Siapa sangka selepas berpuluh tahun makan ayam golek di kedai atau bazaar, Mek ila berjaya membuatnya sendiri di rumah menggunakan Butterfly Air Fryer atau nama panggilannya Green UFO.

    Ayam Golek Guna Butterfly Air Fryer

    Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Memang berbaloi rasanya Mek ila beli Green UFO ni. Bukan sekadar boleh menggoreng tanpa minyak tapi dapat juga buat ayam golek dan membakar kek. Satu lagi Green UFO ni datang dengan aksesori yang lengkap tidak seperti Air Fryer jenama lain. Jadi memang jimat dan berbaloi.

    Akseesori Butterfly Air Fryer

    Resepi Ayam Golek Sedap ala Kenny Rogers
    by Mek ila JV

    Bahan untuk Perapan
    5 ulas bawangpoutih
    1 labu bawang besar
    1 inci halia
    2 sudu besar madu
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos blackpaper
    2 sudu besar kicap manis
    1 sudu besar gula perang
    2 sudu kecil garam
    1 kiub ayam
    Sedikit air

    Cara-Cara
    1. Blend semua bahan-bahan di atas hingga sebati.

    Bahan Perapan Ayam Golek
    2. Lumurkan bahan perapan ke seluruh ayam yang telah dibersihkan termasuk bahagian dalam hingga rata.

    Perap Ayam Golek

    3. Perap sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman di dalam peti ais.

    4. Bakar. Untuk ayam golek ni Mek ila gunakan fungsi Roast selama 40 minit dengan suhu 230c.

    5. Siap dan sedia untuk dimakan panas-panas. Jangan lupa potong dulu tau.

    Ayam Golek Siap

    Bab paling seronok menggunakan Butterfly Air Fyers ini ialah bila ayam golek ini berpusing. Memang real macam ayam golek di pasar malam tu. Bab paling mencemaskan ialah bila nak cincang ayam ini hahaha. Memang kena mahir lah atau ayam yang dipotong boleh hancur dagingnya.

    Disebabkan waktu berbuka pun dah tiba dan sibuk nak memotong ayam ni, Mek ila tak sempat nak snap ayam golek yang dah dipotong. InsyaAllah nanti minggu depan kita buat lagi ye!

    Nota Kaki
    Kalau mommy tiada air fryer ni pun tak mengapa. Boleh je bakar ayam ni dalam oven. Kira jadi macam ayam bakar lah kan 🙂

    (Visited 1,297 times, 2 visits today)

    Categories: Family Arif, Resepi Simple Sedap

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge