• Set Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Talasemia

    Talasemia?

    Kalau dulu-dulu, memang ramai yang tidak tahu tentang talasemia ini. Namun disebabkan oleh pendedahan yang meluas di media massa termasuk di televisyen, rakyat Malaysia mula  sedar akan kewujudan dan bahaya penyakit genetik ini. Malah semenjak beberapa tahun yang lepas, semua pasangan yang bakal berkahwin juga diwajibkan menjalanani ujian saringan darah untuk penyakit ini. Ini kerana penyakit talasemia adalah penyakit genetik dan penyakit ini boleh dicegah dengan cara mengelakkan perkahwinan di antara pembawa.

    Talasemia

    Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

    Jenis-Jenis Talasemia

    Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu:-

    Talasemia minor – Pembawa Gen Talasemia
    Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan penyakit ini hanya boleh dibuat melalui ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

    Talasemia major – Pesakit Talasemia
    Talasemia major pula adalah lebih merbahaya dan pada kebiasaannya pesakit perlu mendapatkan rawatan penukaran darah setiap 1-2 kali sebulan seumur hidup. Pesakit talasemia major pula akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan seperti:

    • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
    • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
    • Jaundis
    • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
    • Tumbesaran terbantut
    • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
    thalassaemia

    Bagaimana Penyakit Talasemia Boleh Diwarisi

    Perkahwinan bagi pasangan yang kedua-duanya pembawa talasemia sememangnya tidak digalakkan kerana anak yang dilahirkan boleh menghidap talasemia major. Maka kerana inilah ujian saringan darah kini diwajibkan untuk  pasangan yang bakal berkahwin.


    Rawatan Talasemia

    Seperti yang Mek ila terangkan di atas, pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.Rawatan Pesakit TalasemiaWalaubagaimanapun, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit. Maka,  rawatan penyingkiran zat besi perlu dijalankan kepada pesakit secara suntikan atau mulut.

    Set Vitamin Pesakit Talasemia
    Bagi memastikan tahap kesihatan pesakit berada di tahap optimum, pengambilan Set Vitamin Shaklee amat digalakkan.

     Set Vitamin Shaklee Talasemia
    Vitamin B Complex membantu pesakit dalam meningkatkan tenaga dan membekalkan nutrien yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. ESP juga turut membekalkan tenaga yang diperlukan di dalam setiap hidangan dan penting dalam pembinaan sel-sel tubuh. Vitamin E pula merupakan agen antioksidan yang membantu menguatkan pertahanan tubuh di samping melindungi sel darah merah. Pengambilan Ostematrix yang kaya dengan kalsium dan magnesium menjaga kesihatan tulang di samping membantu dalam penjagaan denyutan jantung yang normal.

    Vitamin Shaklee Untuk Talasemia

    Pesakit juga sangat digalakkan mengambil Vivix yang berfungsi sebagai agen antioksidan terbaik dan penjagaan imun pesakit. Pelbagai kajian klinikal yang dijalankan menunjukkan pengambilan supplemen yang mengandungi resveratrol seperti Vivix memberikan kesan yang yang lebih baik kepada pesakit  talasemia dan penderita anemia.

    Vivix Bantu  Untuk Talasemia

    Ingin dapatkan Vivix dan Set Vitamin ini?

    Whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk pertanyaan dan konsultasi.

    (Visited 235 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge