• 5 Tips Elakkan Anak Kecil Jatuh Sakit Di Musim Perayaan

    Beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya. Memang seronok,  maklumlah inilah masanya untuk kita berkumpul dan berjumpa dengan ahli keluarga. Tradisi kunjung mengunjung di hari raya juga amalan mulia dan perlu kita teruskan. Namun bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecil, pasti terasa bimbang jika anak-anak jatuh sakit selepas berhari raya.

    Tips Elakkan Jangkitan Pada Anak Kecil
    Mek ila juga pernah melaluinya. Ketika itu Arif Fahmi baru berusia 3 bulan dan demam selepas hari raya. Sejak itu Mek ila lebih berhati-hati, bimbang perkara yang sama terjadi lagi. Bukanlah bermakna kita tidak boleh beraya, namun ianya perlu disesuaikan dengan keadaan anak-anak yang masih kecil.


    Tips Elakkan Anak Kecil Jatuh Sakit Di Hari Raya

    1. Rancang Perjalanan
    Merancang perjalanan dan waktu berkunjung adalah sangat penting bagi kita ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Pertukaran masa tidur anak, perjalanan panjang yang memenatkan, beraya di waktu malam dan sebagainya boleh membuatkan anak-anak jatuh sakit. Elakkan berada di luar rumah pada waktu senja sebagaimana yang diajarkan oleh agama kita.


    2. Jaga Pemakanan Anak-Anak

    Ketika hari raya, banyak hidangan yang tersedia. Bila sibuk beraya, kadang-kadang anak-anak tidak makan dengan betul. Mungkin sahaja perutnya yang masih kecil boleh kembung  atau hidangan hari raya yang penuh dengan rempah ratus tidak sesuai dengan perutnya. Anak boleh sakit perut dan muntah-muntah. Jadi pastikan makanan anak-anak terjaga. Lebih bagus andai kita dapat memasak makanan anak dan membawa bekal ketika beraya.

    Hidangan Hari Raya

    Elakkan juga minuman berais yang boleh menyebabkan anak-anak batuk. Jangan malu-malu untuk meminta  air masak jika air yang dihidangkan tidak sesuai dengan anak.


    3. Jangan Berkunjung Ke Tempat Yang Sesak
    Adakalanya rumah terbuka yang diadakan di tempat terbuka lebih sesak berbanding biasa. Seandainya tidak perlu, hadkan membawa anak ke rumah terbuka yang sesak. Jika perlu, datang pada waktu yang sesuai seperti di awal masa dimana pengunjung masih belum ramai. Jangan datang pada waktu yang sesak atau panas. Orang dewasa juga boleh jatuh sakit apatahlagi anak-anak kecil yang masih belum kuat imunnya.

    Rumah Terbuka Sesak

     

    4. Jangan Biarkan Anak-Anak Dalam Jagaan Orang Lain
    Anak-anak kecil memang comel dan disukai ramai. Ramai yang suka memeluk dan mencium mereka. Adakalanya jangkitan boleh berlaku apabila anak-anak dipegang atau dicium oleh orang yang kurang sihat. Hadkan orang-orang yang boleh memegang anak kita. Berikan alasan yang baik dan menyenangkan hati. Berganti-ganti dengan suami @ isteri untuk menjaga anak jika perlu.

    5. Ibu Menyusu Juga Perlu Jaga Pemakanan
    Bagi ibu yang menyusukan,ibu juga perlu menjaga pemakanan. Hati-hati dengan makanan yang berangin, terlalu pedas atau gatal.  Elakkan minuman minuman berais yang boleh menyebabkan ibu batuk, minuman bergas dan sebagainya. Apabila ibu tidak sihat, risiko anak-anak dijangkiti juga lebih tinggi.

    Mudah-mudahan, kita semua diberikan kesihatan yang sihat di hari Raya ini.

    Jaga Kalori Pemakanan Di Hari Raya, Jom Tonton Video Ini

    Awas Akan Bahaya Denggi Di Musim Perayaan

     

    Salam Aidilfitri

    Salam AidilFiti & Maaf Zahir Batin
    Mek ila sekeluarga!

    (Visited 220 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Info Kesihatan

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge