• Anak Hyperaktif? Jom Pelajari 12 Tips Penjagaan Mereka

    Lasaknya si Amar ni. Suka memanjat dan lari sana sini. Memang tak tahu penat. Tak larat nak kejar. Banyak kali juga jatuh, tapi tak pernah serik.

    Itulah antara luahan yang sering kita dengar daripada ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif. Hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif, sukar memberi tumpuan dan sukar mengawal perlakuan mereka. Hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) kini banyak berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak pada masa kini.

    Penjagaan Anak Hiperaktif
    Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Yang Hiperaktif

    Selain terlampau aktif, kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    Simptom Hiperaktif

    • Lasak dan tidak boleh duduk diam
    • Membuat sesuatu perkara secara spontan mengikut perasaan
    • Sukar mengikut arahan dan suka membantah
    • Sukar memberi tumpuan kepada sesuatu aktiviti untuk tempoh yang lama
    • Mudah tertekan dan sering tidak puas hati
    • Tidak suka bergaul dan gemar bermain sendirian
    • Sering berpeluh dan mudah sakit perut
    • Kurang gemar bergaul dan berbual

     

    Punca Anak Hiperaktif

    Punca sebenar mengapa anak hiperaktif masih masih tidak dapat ditentukan walaupun kajian giat dijalankan. Walaubagaimanapun  terdapat beberapa faktor yang dianggap menjadi  punca kepada sifat hiperaktif kanak-kanak  iaitu :-

    1. Gangguan kepada genetik di mana kanak-kanak dengan gen tertentu mempunyai tisu otak yang nipis yang dihubungkan dengan pusat kawalan tumpuan.

    Penyebab Anak Hiperaktif
    2. Kajian juga menunjukkan penggunaan alkohol dan tembakau oleh ibu bapa ketika bayi masih di dalam kandungan juga boleh menyumbang kepada masalah ADHD.

    3. Faktor pemakanan di mana kanak-kanak mengambil terlalu banyak gula,  coklat dan makanan ringan yang tidak berkhasiat.

    3. Faktor luaran seperti kecederaan otak.

    12 Tips Penjagaan Kanak-kanak Hiperaktif

    Penjagaan yang betul dipercayai mampu mengurangkan sikap hiperaktif kepada kanak-kanak. Di antara tips yang boleh ibu bapa laksanakan ialah;-

    1. Membawa anak berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak untuk pemeriksaan. Doktor juga akan menjalankan terperinci untuk melihat sekiranya anak-anak kita mempunyai masalah yang lain. Mungkin juga anak kita bukan Hiperaktif, sekadar lasak seperti kanak-kanak yang lain. Pakar kanak-kanak juga akan mengesyorkan tips penjagaan atau permainan yang sesuai untuk anak-anak.

    2. Kawal pengambilan gula dan kafein oleh anak. Pastikan anak mendapat makanan berkhasiat pada setiap hari.

    Kawal Pengambilan Gula Pada Kanak Kanak

    3. Menegur anak-anak dengan cara yang boleh diterima oleh mereka. Gunakan perkataan yang baik semasa menegur atau memujuk mereka. Elakkan mengguna perkataan yang kurang sopan kerana ianya boleh memberikan kesan yang negatif kepada mereka.

    4. Belajar mendisplinkan anak sejak kecil. Sediakan rutin harian  bagi  mendidik anak terbiasa dengan kehidupan yang teratur.

    Jadual Harian Saya

    5. Simpan barangan keperluan anak di tempat yang teratur bagi memudahkan anak anak mendapat barang keperluannya dengan mudah.

    6. Jangan biarkan anak-anak melakukan sesuatu perkara yang salah tanpa ditegur dengan alasan anak masih belum memahaminya. Jelaskan pada anak apakah kesalahan yang mereka lakukan dengan penuh kasih sayang supaya mereka dapat mempelajarinya walaupun secara perlahan.

    7. Sentiasa awasi anak dan jauhkan mereka daripada persekitaran yang bahaya supaya anak boleh bermain dalam persekitaran yang selamat.

    8. Meluangkan lebih banyak masa untuk bercakap, berbual dan bermain dengan anak. Ajak anak anak melakukan aktiviti di luar rumah bagi merangsang kreativiti dan meluaskan mindanya.

    9. Tukar perkataan jangan kepada ayat yang boleh membuatkan mereka mengikut arahan. Contoh: Tukarkan ayat Jangan Panjat kepada  Jom duduk elok-elok, kalau panjat takut jatuh nanti.

    Permainan Pendidikan

    10. Pilih permainan berbentuk pendidikan bagi menggalakkan mereka untuk belajar dengan lebih fokus.

    11. Mendidik anak secara berterusan tanpa rasa jemu. Dapatkan nasihat dan pandangan pakar dari masa ke semasa.

    12. Sentiasa berdoa dan berkata yang baik-baik tentang anak pada setiap hari.

     

    Pemakanan Kanak-Kanak Hiperaktif

    Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga bagi memastikan masalah hiperaktif mereka dalam keadaan terkawal. Pengambilan supplemen yang sesuai juga amat digalakkan bagi membantu kanak-kanak hiperaktif. Pegambilan Minyak Ikan Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA adalah antara supplemen terbaik yang boleh diberikan kepada anak-anak ini.

    Supplemen Untuk Anak Hiperaktif

    Minyak Ikan Omega 3 Omega Guard

    Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Berbanding dengan produk lain,  Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen  yang mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia berfungsi untuk meningkatkan kadar kreativiti dan daya tumpuan kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak autisme dan hiperaktif. Ia juga mencegah insomnia, membantu mengurangkan tekanan, menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental kanak-kanak.

    Vitamin Anak Hiperaktif

    Multivitamin Lengkap Meal Shakes

    Meal Shakes menyediakan nutrisi lengkap yang mengandungi 19 vitamin dan mineral untuk keperluan harian kanak-kanak. Diperkaya dengan Vitamin A, C dan E, pengambilan Meal Shakes membantu meningkatkan imun anak-anak dan melawan jangkitan penyakit. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel badan yang sihat.

    Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk bantuan dan konsultasi.

    (Visited 336 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Anak Hyperaktif? Jom Pelajari 12 Tips Penjagaan Mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge