• Bila Dato Red Idam Wanita Muslimah Jadi Isteri Ketiga

    Huhuhu, kontroversi betul kan tajuk ni? Namun sejak  beberapa hari lepas inilah antara trending di internet. Ramai yang bengang dengan cara Dato Red ini menilai wanita dan poligami.

    Sendiri pegang anak orang, lepas tu boleh keluar statement:-

    Saya ingin cari calon wanita muslimah sebagai isteri ketiga saya. Kiranya wanita yang digosipkan itu bukanlah calonnya. Terkini beliau tarik balik kenyataan dan katanya memang suka wanita itu.

    Kontroversi Dato Red

    Spechless sangat dengan lelaki yang begini.

    Salahkah Berpoligami?

    Poligami sebenarnya tidak salah. Ianya dibenarkan dalam agama. Namun perlulah ikut cara yang betul. Sebenarnya ketika Dato Red ini berkahwin kali kedua Mek ila pun pernah terfikir kenapa agaknya beliau ingin berkahwin lain walaupun telah dikurniakan isteri dan anak-anak sebagai penyeri rumahtangga? Dan kenapa pula Adira ini sanggup jadi isteri kedua? Namun setakat persoalan ajalah, takde pula nak cari jawapannya.

    Namun rasanya soalan tu dah ada jawapan bila kontroversi ini berlaku. Kita sendiri pun dah boleh nampak cara si suami menilai wanita.

    Poligami itu Indah

    Sebut tentang poligami, ada seorang rakan Mek ila yang berpoligami. Tapi caranya sangat indah dan menakjubkan. Kawan Mek ila ni perempuan. Biarlah Mek ila menggelarnya Kak Tun. Kak Tun dah berkahwin hampir 20 tahun, dikurniakan dengan ramai cahayamata dan hidup bahagia bersama suami. Beliau dan suami sama sama terbuka tentang bab poligami. Cuma suaminya pun tak mencari kerana poligami sebenarnya bukan untuk dicari tetapi perlu diterima bila keadaan memerlukan.

    Kak Nini pula berkenalan dengan pasangan ini melalui seorang ustaz. Beliau ibu tunggal yang kematian suami selama hampir 10 tahun. Mencari suami untuk menumpang kasih dan supaya ada yang dapat mendidik dan membimbingnya. Mereka hanya berkenalan begitu, tiada langsung istilah dating atau bercinta. Kak Tun yang tinggi ilmu dan keperibadiannya meminangkan kak Nini untuk suami tercinta. Tekadnya juga sama, agar dapat sama sama menjaga dan berbakti kepada insan lain. Alhamdulillah mereka bahagia.

    Tiada istilah cemburu buta kerana sedar akan tujuan poligami itu, pastinya untuk mencari redha Ilahi. Inilah antara contoh poligami yang disarankan oleh agama kita. Bukannya menjalin hubungan sulit, keluar dating, menipu isteri , mengabaikan mereka dan kemudian baru nak kata, ‘ini untuk tuntutan agama dan saya mampu!

     

    Oh No
    Bye bye lah Dato Red, kesian Adira. Dahlah katanya Adira baru sahaja mengandung. Namun itulah risiko bila kita sanggup berkahwin dengan suami orang. Kecuali kalau hati memang kuat dan tak kisah untuk dimadukan lagi sebagaimana suami memadukan isteri pertamanya untuk kita.

    Nota kaki: Sebak juga baca luahan hati Datin Red, isteri pertama Dato Red. Siapa sangka beliau dulu cuma pemandu lori sayur.

    (Visited 279 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: ,

    3 thoughts on “Bila Dato Red Idam Wanita Muslimah Jadi Isteri Ketiga

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge