• Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips Penjagaan Supaya Cepat Pulih dan Parut Cepat Pudar

    Terkena Chicken Pox di waktu dewasa? Aduh, memang teruk. Sakitnya memang tak tergambar dengan kata-kata.  Sakit dan gatal mungkin masih boleh ditahan tetapi kesan parutnya yang buat ramai bimbang. Parut chicken pox memang hodoh dan susah nak hilang. Sebab tu ada pepatah mengatakan biarlah kena Chicken Pox ni masa budak-budak bukannya masa dewasa.

    Chicken Pox Ketika Dewasa
    Apa itu Chicken Pox?

    Chicken pox atau cacar air merupakan sejenis jangkitan virus yang menyebabkan kegatalan yang melepuh pada permukaan kulit sama ada di muka, badan, kaki, kepala dan seluruh badan. Jangkitan ini disebabkan oleh virus Varicella-Zoster yang juga boleh menyebabkan kayap.

    Seperti penyakit berjangkit yang lain, chicken pox boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan atau cecair daripada tubuh pesakit. Virus ini boleh merebak seawal 48 jam sebelum ruam mula timbul sehinggalah lepuh chicken pox tadi kering dan berkeruping.

    Virus Chicken Pox

    Oleh kerana penyakit ini berjangkit, pesakit perlu dikuarantin dan tidak boleh keluar ke tempat awam. Di rumah pula, langkah-langkah keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan. Basuh tangan sebelum dan selepas memegang pesakit dan elakkan perkongsian barangan peribadi. Pakaian pesakit juga perlu dibasuh secara berasingan.


    Tanda dan gejala chicken pox

    Setelah dijangkiti, pesakit biasanya akan mula mengalami simptom seperti sakit kepala, sakit-sakit badan  dan sakit sendi. Pesakit juga sering mengalami masalah kekurangan selera makan. Ianya diikuti oleh demam, rasa tidak sihat, letih selama beberapa hari sebelum ruam mula timbul.

    Lepuh Chicken Pox

    Ruam/ Lepuh Chicken Pox

    Ruam bermula dengan bintik merah yang kecil dan gatal seperti jerawat pada anggota badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. Dalam masa 24 jam, ruam kecil tadi  akan kelihatan seperti lepuh air , kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (5 -10 hari).

    Cara Rawatan Chicken Pox Supaya Sembuh Dengan Cepat

    Sama seperti jangkitan virus yang lain, tiada ubat yang khusus untuk pesakit Chicken Pox. Namun ubat seperti Panadol akan diberikan oleh doktor untuk mengurangkan demam dan kesakitan. Losyen Calamine juga boleh disapu ke bahagian badan untuk mengurangkan rasa gatal. Pesakit digalakkan makan makanan berkhasiat dan tinggi zinc bagi membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dalam melawan jangkitan virus.

    Kisah Encik Zamri dan Set Chicken Pox Shaklee

    Kisah Encik Zamri yang menghidap chicken Pox ketika usia 43 tahun ini amat menarik perhatian Mek ila. Jom kita dengarkan ceritanya dan bagaimana parut beliau pulih dalam masa 30 hari.
    (Kredit kepada Supermom Shaklee Story)

    Set Vitamin Chicken Pox

    Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas (2015)

    Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

    Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

    Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

    Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

    Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

    Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni. Magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

    Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat. Happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap. Saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je, tak nak jumpa orang, malu.

    Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. “uihhh cepat kering cacar you boss” apa produk you guna? Saya senyum je malas nak cerita..

    Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex. Saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

    So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula. Ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

    Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

    Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.’

    Syukur kan? Walaupun kesakitan yang dialami amat berat, Alhamdulillh En. Zamri sembuh dan semua parut juga sudah hilang.

    Jadi bagi pembaca yang nak dapatkan Set ini, boleh hubungi Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian segera.

    (Visited 19,017 times, 5 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    4 thoughts on “Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips Penjagaan Supaya Cepat Pulih dan Parut Cepat Pudar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge