• Cara Mudah Bayar Saman Trafik Perbadanan Putrajaya

    Kena saman parking Perbadanan Putrajaya?
    Aduh memang terkejut. Maklumlah semasa kejadian tersebut Mek ila parking di deretan barisan kereta yang diparking di sebelah booth Festival Ramadhan Putrajaya. Memang tak terfikir akan disaman sebab ingatkan itu memang tempat parking. Nampak je ada space yang kosong, kita pun masuklah parking.

    Cara Bayar Saman Perbadanan Putrajaya

    Selepas COD vitamin dan mendapat Pau Cendawan Viral yang tak disangka tu, Mek ila pun berjalanlah balik ke kereta. Tengok tengok sekumpulan Penguatkuasa – abang abang berbaju biru sedang menjakankan operasi menyaman dengan jayanya. Malah kat kereta Mek ila pun dah ada surat cinta. Sempat jugalah bertanya pada salah seorang Penguasa yang ada.

    Mek ila: Saman ni berapa RM ye?
    PPJ:  Saman macam ni, RM150 (dengan muka yang garang)

    Mek ila: Bayar kat mana ye encik?
    PPJ: Sebelah Maybank
    Mek ila: oooo

    Haha, senyum ajalah.

    Memandangkan malas nak ke Kaunter PPJ, keesokan harinya Mek ila pun telefon Perbadanan Putrajaya bertanyakan tentang status saman dan sama ada boleh membuat rayuan pengurangan. Wah, layanan staff PPJ memang terbaik. Daripada Call Centre mereka, staff di kaunter bayaran sampailah staff di Bahagian Penguatkuasaan memang memberikan layanan yang sangat bagus. Tak garang langsung macam abang yang menyaman tu, hihi.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi, bayaran saman kesalahan parking adalah RM150. Namun kalau kita ke Kaunter Bayaran dan membuat rayuan, biasanya jumlah yang perlu dibayar adalah RM80 sahaja. Boleh juga kalau kita nak tunggu promosi Jom Bayar Saman RM30 yang biasanya dibuat pada Hari Wilayah tapi lama lagi lah pulak. Rasa tak senang hati ini jika tak bayar cepat.

    PPJSalah satu cara lagi untuk memohon pengurangan tanpa ke kaunter adalah dengan membuat Surat Rayuan kepada Jabatan Undang-Undang,  Perbadanan Putrajaya. So kenalah cerita detail kenapa kita ingin memohon pengurangan di dalam surat ini. Surat rayuan ni Mek ila hantar melalui emel. Kata pegawai di sini, jawapan bagi status rayuan akan diberikan melalui sms dalam masa 5 hari bekerja.

    Sayangnya dah masuk hari ke 6, masih lagi tiada sms diterima. Mungkin handphone Mek ila bermasalah sebab ada sms yang tak masuk sebelum ini. Jadi, dengan penuh semangat Mek ila pun call semula untuk semakan. Bila semak,  bayaran yang perlu dibayar adalah RM40 sahaja. Ha, oklah kan. So bolehlah bayar terus.

    Cara Bayar Saman  Perbadanan Putrajaya

    Cara paling mudah untuk membayar saman adalah dengan membuat bayaran di Kaunter PPJ yang terletak di sebelah Maybank Putrajaya. Tapi memang malas nak pergi sebab jauh dan kawasan tu pun susah sikit nak parking.  Silap-silap kena saman lagi nanti ehehe.

    So nasib baiklah bayaran boleh dibuat secara online cuma caranya sedikit rumit. 2-3 kali juga Mek ila cuba sampailah  berjaya.

    #1. Kena daftar dulu sebagai pengguna di Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Kena masukkan semua maklumat ikut Step by Step.

    Daftar di PPJ

    2. Bila dah selesai, kita kena log masuk semula guna button Login yang berada di sebelah button Register tadi.

    3. Kita scroll ke bawah di website PPJ- muka utama dan pilih E-Kompaun.

    Pilih E-Kompaun

    4. Selepas masuk ke E-Kompaun, kita masukkan dulu maklumat Carian Saman tadi. Mek ila gunakan no saman dan Klik Enquire Now.

    Buat Carian

    5. Selepas tu maklumat saman kita akan dipaparkan dan kena klik  Payment FPX untuk membuat bayaran.

    Klik Payment FPX6. Ikut terus langkah-langkah yang diberikan sampailah kita log masuk ke Perbankan Online pilihan, request tac untuk bayaran dan sehinggalah proses pembayaran selesai. Langkah-langkah ni sama sahaja dengan mana mana pembelian online yang kita buat melalui Payment FPX ni.

    7. Akhir sekali kita akan dapat resit online yang menyatakan pembayaran telah selesai.

    Resit Bayaran

    Alhamdulillah, senang hati sebab dah berjaya bayar. Bolehlah beraya dengan hati yang tenang. Lepas ni kena hati-hati tau. Tak semestinya tempat yang ramai orang parking adalah tempat parking yang betul.

    (Visited 3,650 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Umum

    Tags: ,

    11 thoughts on “Cara Mudah Bayar Saman Trafik Perbadanan Putrajaya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge