• Ketahui Penyebab Buasir dan Cara Merawatnya Supaya Tidak Menjadi Parah

    Buasir? Mendengar namanya sahaja sudah agak menakutkan apatahlagi bila kita mengalaminya. Penyakit buasir  atau Hemmoroid terjadi apabila saluran darah mengembang dan bengkak di sekitar dubur. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

    Penawar Buasir

    Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

    Buasir Luar. 
    Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar.

    Buasir Dalam. 
    Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak menyebabkan rasa sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

    Penyebab Buasir

    Berikut adalah antara faktor-faktor yang dikatakan boleh menyumbang kepada masalah buasir

    1. Kurang minum air masak
    2. Kurang pengambilan makanan yang  berserat seperti sayur dan  buah-buahan.
    3. Kerap mengangkat barangan berat
    4. Duduk terlalu lama ketika membuang air.
    5. Sering bertangguh/ menahan keinginan untuk buang air besar.

    Jenis Jenis Buasir

     Punca Buasir

    Buasir sering dikaitkan dengan masalah sembelit. Sembelit yang berterusan dikatakan antara punca utama yang menyebabkan buasir berlaku. Selain sembelit, buasir boleh berpunca daripada :-

    1. Meneran berlebihan ketika buang air.
    2. Kerap cirit birit
    3. Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
    4. Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

     Panduan Mencegah Buasir

    1. Minum air masak sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
    2. Kurangkan pengambilan daging merah kerana ia boleh menyebabkan sembelit.
    3. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
    4. Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
    5. Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
    6. Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

     

    Rawatan Buasir Dengan Set Vitamin Shaklee

    Berikut adalah set vitamin yang boleh diambil oleh penghidap Buasir.

    1. Ostematrix
    2. Omega Guard
    3. Vita C Plus

    Set BuasirFungsi Set Buasir

    Omega Guard membantu  mengurangkan bengkak akibat buasir, mengurangkan radang dan kesakitan.  Vita C pula bertindak  dengan cara menguatkan imun tubuh dan menyembuhkan luka akibat buasir berdarah. Ostematrix pula  bertindak dengan melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis.

    Whatsapp Mek ila : 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 490 times, 5 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Ketahui Penyebab Buasir dan Cara Merawatnya Supaya Tidak Menjadi Parah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge