• Kulit Muka Kusam Tak Bermaya? Ikuti 5 Tips Mudah Kembalikan Keceriaannya

    Pernah tak ada orang tegur?

    Eh kenapa kusam je muka ni? Tak cukup tidur ke?

    Alamak, terus rasa ngeri kan. Maklumlah muka ni perkara pertama yang dilihat oleh orang lain terhadap kita. Kalau muka pun dah nampak kusam dan tak bercahaya, tentulah yang lain pun ikut malap je.

    Rawatan Kulit Kusam

    Ketahui Penyebab Mengapa Kulit Jadi Kusam

    Ada banyak faktor yang menyebabkan kulit boleh jadi kusam. Malah faktor faktor ini juga  boleh bergabung dan bukannya sendirian. Bila kita dah tahu penyebab kulit jadi kusam ni, maka mudahlah untuk kita mencari penyelesaiannya kan?

    Faktor Genetik
    Dah memang genetik kita kulit macam tu. Kulit emak kita macam ni, kulit adik beradik lain pun macam ni. Jadi tak boleh nak buat apa-apa kecuali usaha untuk mencantikkannya semula.

    Gaya Hidup
    Gaya hidup ni banyak kaitannya. Contoh tidur yang tidak cukup, kurang rehat, suka berpanas, malas mencuci muka dan sebagainya boleh buatkan kulit muka kurang bermaya dan jadi kusam.

    Penggunaan Kosmetik Yang Tidak Sesuai
    Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai atau kurang sesuai boleh membuatkan kulit kita nampak gelap dan kusam. Bukan sekadar itu, kulit juga mungkin boleh tumbuh jerawat dan bintik hitam.

    Pemakanan
    Pemilihan makanan yang banyak lemak dan berminyak juga boleh membuatkan kulit bermasalah dan jadi kusam. Sebab itu lah kita perhatikan ramai yang suka ambil makanan stim dan rebus-rebus sahaja yang tidak berminyak.

    Kurang Minum Air
    Kita perlu minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kurang minum air juga boleh menyebabkan kulit hilang kelembapan dan menjadikannya nampak kusam.

     

    5 Cara Mudah HilangkanKulit Kusam

    Jaga Wajah
    Inilah asas  paling utama yang semua orang wajib buat. Setiap malam, wajah perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur. Setiap pagi pula, jangan lupa pakai toner dan pelembab sebelum keluar rumah. Pilih produk kecantikan yang selamat dan 100% semulajadi seperti Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.


    Minum Air Masak Yang Cukup

    Kekurangan air (dehidrasi) bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah tidak bagus untuk kulit dan boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Oleh yang demikian, pastikan  kita minum  air masak yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

    Dapatkan Rehat Yang Mencukupi
    Elakkan berjaga malam dan banyak tidur di siang hari. Tidur awal dan dapatkan rehat yang mencukupi. Seimbangkan aktiviti harian kita di antara keperluan rohani dan jasmani. Jiwa yang tenang akan terpancar melalui wajah kita.

    Manjakan  & Rawat Wajah
    Sesekali tidak salah untuk kita memanjakan kulit wajah dengan membuat facial di saloon atau di rumah. Gunakan bahan-bahan semulajadi seperti madu dan tomato. Kulit akan kelihatan lebih segar, sihat dan bermaya selepas dirawat. Boleh juga menggunakan masker yang dibuat menggunakan Vitamin.

    Amalkan Pemakanan Sihat
    Pemakanan yang sihat dan seimbang bukan hanya penting untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan kulit. Makan secara sihat dan pastikan ianya mengandungi nutrisi yang lengkap untuk kesihatan kulit seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E dan protein. Pengambilan supplemen yang berkaitan juga amat membantu dalam mengembalikan semula keserian wajah dan menghilangkan kulit yang kusam.

    Antara Vitamin yang sesuai diambil untuk keserian wajah adalah Vivix,   Collagen, Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan ESP.

    Vivix Hilangkan Kulit Kusam

    Kak,Vivix tu lepas seminggu minum hasilnya muka I berkilat, muka kusam hilang kulit nampak halus.

    vivix Buat Wajah Berseri
    Saje nak tanya, baru makan Vivix 3 4 hari pun dah nampak kesan ke kak? Sebab Naza perasan muka ada berseri-seri. Tak tau lah kot perasan je hahah. Dahlah baru period, selalu period muka cam x semenggah je kusam je.

    Masker Vivix

    Seronoknya kan bila wajah makin berseri ni, kusam pun hilang. Bagi yang nak cuba sebarang Vitamin Untuk Kulit Cantik ni bolehlah whatsapp Mek ila: 012-8943453 segera ye.

    (Visited 842 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , , , ,

    One thought on “Kulit Muka Kusam Tak Bermaya? Ikuti 5 Tips Mudah Kembalikan Keceriaannya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge