• Rawatan Sakit Gigi dan Gusi Bengkak Ketika Hamil Dengan Vitamin Shaklee

    Sakit gigi dan gusi bengkak memang menyakitkan. Selain tak boleh nak makan dengan betul, kesakitannya juga bagaikan terasa di seluruh badan. Lebih menyakitkan kalau kita mengalaminya ketika mengandung. Di atas sebab-sebab keselamatan, ibu hamil tidak digalakkan menjalani rawatan seperti menampal atau mencabut gigi ketika mengandung terutamanya ketika trimester pertama dan ketiga.

    Rawatan Sakit Gigi Ketika Hamil
    Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting dalam kehamilan ibu  yang melibatkan perkembangan janin. Maka sebarang rawatan yang membabitkan suntikan yang masuk terus ke dalam darah perlu dielakkan. Begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan sakit serta imbasan Xray.   Kerana itulah, ramai ibu hamil yang terpaksa menahan kesakitan disebabkan sakit gigi dan gusi  bengkak ketika tempoh itu.  Kerana itu jugalah, wanita yang sering sakit gigi akan dinasihatkan oleh Doktor untuk merawat masalah tersebut terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil semula termasuklah Mek ila dahulu.

    3 Sebab Utama Mengapa Wanita Hamil Mudah Sakit Gigi

    1. Perubahan Hormon
    Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu hamil  mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi.
    Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit gusi kronik yang dipanggil periodontal disease yang akhirnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.
    2. Kerosakan Gigi
    Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan sering muntah, jus gastrik yang bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi. Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.3. Perubahan Keperluan Nutrisi
    Seperti yang kita sedia maklum bayi yang sedang membesar memerlukan pelbagai nutrisi seperti kalsium untuk untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan nutrisi ini dari tubuh ibunya. Maka ibu hamil perlu memastikan jumlah nutrisi yang diambil adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan ibu sendiri. Kekurangan nutrisi penting seperti kalsium dan Vitamin C juga boleh membuatkan ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keradangan gigi.

    Vitamin Shaklee Untuk Gigi Yang Sihat

    Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi terutamanya bagi ibu hamil bergantung kepada masalah yang dialami.

    Vitamin Shaklee Untuk Sakit Gigi
    Vita-C Plus
    Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

    Ostematrix
    Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. OsteMatrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam.

    Garlic Complex
    Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.  Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria.  Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.

    Sakit Gigi Ketika Hamil?
    Jangan biarkan ia berlarutan. Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Dengan Set Penjagaan Gigi Shaklee. Untuk memesan whatsapp: 012-8943453

    (Visited 1,658 times, 2 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Rawatan Sakit Gigi dan Gusi Bengkak Ketika Hamil Dengan Vitamin Shaklee

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge