• Sakit Perut Teramat Sangat Di Belah Kanan Petanda Appendik?

    Pembaca pernah alami sakit perut yang teramat di belah kanan yang berulang? Jaga-jaga ianya mungkin berpunca daripada masalah Appendik. Teringat beberapa tahun lalu apabila pengasuh anak Mek ila dimasukkan ke Hospital kerana penyakit Appendik.

    Sakit Perut Petanda Appendik
    Apa Itu Appendik?

    Appendik merupakan anggota lebihan yang terdapat di dalam badan kita. la terletak di bawah usus dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit ini boleh terjadi apabila appendik terkena jangkitan. Antara perkara yang boleh menyebabkan jangkitan ini adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan  jangkitan cacing.

    Jangkitan ini mungkin sukar dikawal namun kita amat digalakkan untuk makan makanan yang seimbang terutamanya sayur dan buah buahan berserat tinggi (fiber). Bagi kanak-kanak pula, mereka perlu diberikan ubat cacing mengikut jadual yang disyorkan.

    Sakit Perut Petanda Appendik

    Antara Tanda-Tanda Appendix

    1. Sakit perut yang  berulang di bahagian belah kanan.
    2. Loya dan muntah-muntah
    3. Hilang selera makan
    4. Cirit birit
    5. Sembelit
    6. Sukar kentut
    7. Bengkak pada abdomen yang boleh dilihat ketika berbaring
    8. Demam

    Sekiranya mengalami tanda-tanda di atas pesakit perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Appendix adalah kurang merbahaya selagi ianya tidak bernanah dan pecah. Apabila telah pecah, kuman yang terdapat pada jangkitan tersebut boleh  merebak ke kawasan usus dan membahayakan nyawa pesakit.

     

    Pengesahan Appendix

    Di Hospital, Dr akan melakukan ujian berikut untuk pengesahan Appendix.

    1. Ujian ultrasound untuk melihat bengkak di bahagian bawah kanan perut.
    2. Ujian darah
    3. Ujian air kencing

     

    Rawatan Appendix

    Rawatan yang paling berkesan untuk pesakit adalah dengan membuang appendik yang telah terkena jangkitan tadi melalui pembedahan. Setelah dibedah, pesakit perlu berehat dan biasanya mengambil masa antara 7-14 hari untuk sembuh.

     

    Bagaimana Vitamin Shaklee Dapat Membantu Pesakit Appendix?

    Amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dapat membantu kita untuk mengelakkan jangkitan di bahagian appendik. Pengambilan Alfafa Complex membantu melawaskan pembuangan, detoks sisa sisa toksin daripada tubuh dan membantu mengelakkan jangkitan. Vitamin C pula membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan jangkitan penyakit.

    Vitamin Shaklee Untuk Appendik

    Sekiranya pesakit telah dibedah pula, pengambilan  Vivix dan  Vitamin C membantu memulihkan luka pembedah dengan lebih cepat dan membantu tubuh untuk lebih sihat dan bertenaga.

    Hubungi Mek ila untuk bantuan dan konsultasi. Whatsapp: 012-8943453 hari ini.

    (Visited 211 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Sakit Perut Teramat Sangat Di Belah Kanan Petanda Appendik?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge