• Tensionnya Mamat Ni Bila Rambut Asyik Gugur Sampai Nak Botak

    Masalah rambut gugur ni memang merungsingkan. Silap silap haribulan rambut boleh menipis dan jadi botak walaupun ketika kita masih muda. Uniknya masalah rambut gugur ni bukan sekadar menyerang wanita, kaum lelaki pun sama tau.

    Atasi Rambut Gugur
    Sebut pasal rambut gugur ni, buatkan Mek ila teringat pada seorang customer lelaki yang mengalami masalah rambut gugur kronik. Sampai nak botak katanya. Malu pun ye sebab lelaki ni bila botak memang jelas kelihatan tak seperti wanita yang mungkin boleh di cover dengan tudung atau selendang. Customer ini pun jadi  tension bila memikirkan masalahnya ini.

    Penawar Rambut GugurKetahui Penyebab Rambut Gugur

    Sebenarnya rambut kita akan gugur pada setiap hari. Walaubagaimanapun gugur ini dikategorikan dalam gugur normal atau gugur tidak normal. Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari  rambut kita akan gugur mengikut kitaran.

    Rambut normal akan mengalami keguguran di antara beberapa helai hingga 100 helai setiap hari. Sekiranya ia lebih dari itu, ianya adalah keguguran rambut yang tidak normal dan perlu dirawat.

    Terdapat beberapa punca yang dikaitkan punca  keguguran rambut  iaitu:-

    1. Penggunaan Bahan Kimia
    Bagi mereka yang kerap menggunakan bahan kimia dalam penggayaan rambut seperti mewarnakan  dan melurus rambut,  potensi untuk  menghadapi masalah keguguran rambut adalah lebih tinggi.  Penggunaan bahan kimia berlebihan boleh merosakkan rambut hingga ke akar. Lama kelamaan rambut akan menjadi kering dan berguguran.

    2. Perubahan Hormon
    Perubahan hormon sering dikaitkan dengan wanita hamil dan menyusu. Keadaan ini menyebabkan hormon di dalam badan tidak stabil dan akhirnya boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut yang serius.

    Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    3. Faktor Keturunan dan Genetik
    Jika ibu atau bapa kita mempunyai masalah keguguran rambut, potensi seseorang anak untuk mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi.

    4. Perjalanan Darah Tidak Lancar
    Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut dikatakan mempunyai masalah berkaitan perjalanan darah yang tidak lancar. Oksigen tidak dapat sampai ke seluruh tubuh dengan baik termasuklah di bahagian kepala. Kesannya rambut menjadi tidak kuat dan lebih mudah gugur.

    5. Kekurangan Nutrisi
    Antara nutrisi yang snagat penting untuk keishatan rambut ialah zinc, protein dan zat besi. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan rambut yang terhasil kurang sihat dan lebih mudah gugur.  Rambut kita terhasil daripada protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan pertumbuhan rambut tidak berlaku dengan sempurna.

    6. Pemilihan Produk Penjagaan Rambut Yang Tidak Sesuai.

    Pemilihan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran rambut. Rambut juga boleh menjadi kering dan mudah rosak apabila kita sering bertukar produk. Plaing penting, pilihlah produk penjagaan rambut yang bebas daripada bahan kimia merbahaya.
    7 . Pengambilan Ubat
    Pengambilan ubat-ubatan tertentu untuk merawat penyakit boleh menyebabkan rambut gugur. Antaranya ialah ubat untuk kanser, kemurungan dan ubat darah tinggi.

    Bagaimana Nak Merawat Masalah Rambut Gugur Agar Jangan Sampai Botak?

    Penting untuk kita mengetahui punca punca yang menyebabkan rambut kita menjadi gugur. Sekiranya kita sering menggunakan bahan kimia dalam menggayakan rambut, kurangkan penggunaan bahan bahan tersebut atau beralihlah kepada produk yang lebih selamat. Seandainya ia disebabkan oleh pemilihan produk penjagaan rambut yang salah, beralihlah kepada produk yang lebih sesuai dan selamat. Antara produk  yang sesuai digunakan ialah Set Penjagaan Rambut Prosante.

    Set Vitamin Rambut Gugur Shaklee

    Pengambilan Set Rambut gugur Shaklee ini amat disyorkan kepada mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Kombinasi vitamin ini membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat, menjaga peredaran darah dan mengekalkan kesihatan rambut agar lebih sihat sehingga ke akarnya.

    Set Rambut Gugur Shaklee

    Nak tau Vitamin mana yang anda perlukan? Wa: 012-8943453 untuk konsultasi ye.

    (Visited 105 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Tensionnya Mamat Ni Bila Rambut Asyik Gugur Sampai Nak Botak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge