• 5 Kaedah Atasi Kolik Supaya Bayi Dapat Tidur Lena

    Bayi mama menangis teresak-esak walaupun telah kenyang minum susu? Ianya mungkin petanda bahawa si manja terkena kolik atau lebih dikenali sebagai kembung perut. Arif juga antara bayi yang mengalaminya dahulu. Memang kadangkala mati akal dibuatnya kerana selain menangis bayi juga akan turut sering terjaga dan sukar untuk tidur semula.

    Petua Penjagaan Kembung Perut Bayi

    Apa Itu Kolik?

    Kembung perut atau kolik biasanya terjadi selepas pangkal pusat bayi kering dan tanggal. Bayi yang kembung sering menangis dengan kuat dan dalam keadaan teresak-esak. Keadaan ini biasanya berterusan sehingga bayi berusia 3 atau 6 bulan. Bayi yang mengalami masalah kembung perut ini sukar dipujuk dan biasanya bayi akan menangis dengan kakinya terangkat-angkat ke arah dada.

    Punca Punca Kolik

    Berikut adalah 3 faktor utama yang dikatakan menjadi punca kepada kolik.

    1.   Sistem pencernaan bayi yang belum matang boleh menyebabkan bayi mudah kembung perut dan berangin. Selain itu sistem saraf pusat bayi masih belum matang sepenuhnya juga sangat sensitif pada sebarang rangsangan. Baby Crying2. Alah kepada susu formula. Kebanyakan bayi yang mengalami kolik adalah bayi yang minum susu formula.

    3. Bayi alah kepada sesetengah makanan yang dimakan oleh ibu yang menyusu badan. Antaranya ialah makanan yang pedas dan berempah, makanan berasid/berangin, tinggi kafein dan  juga berais.

     Tanda-tanda Bayi Mengalami Kolik

    1. Bayi menangis tanpa henti walaupun telah kenyang dan disusukan.
    2. Menangis dengan kuat dan teresak-esak.
    3. Menangis di waktu malam
    4. Perut bayi mengeras

    Salah satu petua lama yang Mek ila gunakan untuk  cek perut anak kembung ialah dengan menepuk perlahan pada perut dan mendengar bunyinya. Kata orang tua tua dulu bunyinya seperti bunyi nangka masak. Perut anak akan terasa seperti kosong dan berangin. Bagi mama dan papa yang tidak berpengalaman, jangan risau. Ini kerana setelah beberapa kali mama dan papa pasti akan mengetahui dengan mudah bila bayi terkena kembung ini.

    Bagi memastikan bayi tidak terkena kolik, 5 Tips ini boleh dibuat bagi mengelakkan kolik atau menyelesaikan masalah kolik.

    • Bayi perlu disendawakan setiap kali selepas disusukan walaupun bayi menyusu susu badan.
    • Tuam perut, kaki dan tangan bayi setiap kali lepas mandi menggunakan tuam atau tungku khusus untuk bayi. Tungku ini boleh dibeli di kedai bayi atau mama boleh membuatnya sendiri menggunakan jintan hitam.

    Tungku Bayi

    • Urut bayi dengan menggunakan minyak/krim bayi setiap hari atau selepas mandi. Penggunaan krim Herbal Blend semasa urutan bukan sekadar menjaga kelembutan kulit bayi malah memberikan ketenangan kepada si manja.
    • Penggunaan minyak bayi untuk disapu pada perut bayi juga boleh dibuat. Antara minyak yang sesuai ialah Minyak Mestika Bayi, Minyak Kayu Putih atau  Minyak Bebe Anugerah. Setelah itu, pakaikan barut kepada bayi.
    • Ibu- ibu menyusu perlu menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan-makanan berisiko yang boleh menyebabkan bayi kembung. Ibu juga boleh mengambil Vitamin yang sesuai seperti ESP dan Peppermint Ginger untuk masalah kembung ini.

    Masalah kembung biasanya boleh berlarutan sehingga 6 bulan atau sehingga bayi boleh berdiri sendiri dan pandai sendawa. Penjagaan yang betul boleh meminimakan masalah kembung dan bayi juga akan merasa selesa.

    (Visited 326 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge