• Angin Banyak Dalam Badan Hingga Sukar Bernafas? Tips Ini Dapat Membantu

    Banyak Angin Dalam Badan?

    Pernahkah pembaca mengalami masalah angin ini? Angin berlebihan dalam badan boleh menimbulkan masalah seperti ketidakselesaan perut atau kembung, pedih hulu hati, badan rasa lemah atau sakit, loya-loya, pening, sakit kepala yang kuat dan ada juga yang sakit di bahagian jantung hingga rasa susah untuk bernafas.

    Cara Hilangkan Angin Dalam Badan

    Antara punca badan mudah berangin:-

    Sumber makanan
    Punca utama angin di dalam badan adalah disebabkan oleh pemakanan. Angin akan dihasilkan oleh badan apabila makanan yang dimakan tidak dapat dicerna atau dihadam oleh usus sepenuhnya. Makanan yang menghasilkan angin adalah makanan berasid seperti kekacang, sayur kobis, bunga kantan, mee kuning, buah nangka dan cempedak dan sayuran menjalar seperti keledek dan ubi. Makanan bergula juga boleh menghasilkan angin.

    Angin boleh menyebabkan masalah loya dan pening kepala
     

    Udara yang disedut
    Angin di dalam badan juga boleh terhasil daripada udara yang masuk ke dalam mulut. Ini termasuklah udara yang kita gunakan untuk bernafas. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tabiat melewatkan pengambilan makanan, makan terlalu cepat, minum air sambil  makan,  suka mengunyah gula-gula getah atau  menghisap rokok. Tekanan juga dikatakan punca seseorang individu menelan udara dengan lebih kerap tanpa disedari. Udara tersebut akan masuk ke dalam badan kita dan seterusnya masuk ke dalam usus.


    Tips Rawatan Masalah Angin

    1. Menjaga Pemakanan
    Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap individu.  Oleh yang demikian, pesakit perlu  mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan masalah angin kepada dirinya. Setelah dikenalpasti, pesakit perlu menghindari makanan tersebut.

    2. Pengambilan Ubat
    Ubat-ubatan seperti antacid yang dijual di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

    3. Kurangkan Menelan Udara
    Individu yang mengalami masalah angin yang kronik dinasihatkan supaya tidak mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Pesakit juga dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Pesakit juga digalakkan untuk tidak minum air semasa makan dan lebih baik sekiranya air diminum selepas makan atau setengah jam selepas makan.

    4. Hindari Makanan Berisiko

    •  Makanan/Minuman yang Sejuk
      • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
      • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
      • Air batu, air kelapa dan air teh.
    • Makanan/Minuman Masam (berasid)
      • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
      • Daging Kerbau
    • Makanan/Minuman Bergas
    • Rokok
    • Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
      • Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.


    Petua Mengurangkan Angin

    • Buat senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan apabila bangun dari tidur.
    • Amalkan minum segelas air suam sebelum makan
    • Jangan biarkan perut kosong. Makan sedikit tetapi kerap. Sediakan biskut kering untuk mengalas perut bila perlu.
    • Segera ke tandas apabila telah ada tanda-tanda ingin membuang air besar/ air kecil

    Penyelesaian Masalah Angin ~ Shaklee Peppermint Ginger

    Penawar Angin Dalam Badan

    Shaklee Peppermint Ginger Plus dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut yang berangin. Tablet Peppermint Ginger juga juga boleh ditumbuk dan dicampur dengan air suam untuk diminum bagi kelegaan dan menyamankan perut.

    Dapatkan Peppermint Ginger Anda Hari Ini.
    Wa Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    (Visited 1,511 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee, Umum

    Tags: , , , ,

    One thought on “Angin Banyak Dalam Badan Hingga Sukar Bernafas? Tips Ini Dapat Membantu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge