• Kanser Perut Pembunuh Senyap- Awas Akan Tanda-Tandanya!

    Kanser perut mungkin  kurang diperkatakan seperti kanser yang lain. Namun tahukah pembaca semua bahawa  kanser perut merupakan kanser kedua tertinggi yang menyebabkan kematian oleh kanser di seluruh dunia. Sama seperti kanser yang lain, kanser perut terjadi bila sel-sel di bahagian dinding perut tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal.

    Penawar Kanser Perut

    Kanser perut dikatakan mempunyai kaitan dengan cara penyimpanan dan pemakanan yang kurang selamat. Sebagai contoh negara Jepun pernah mencatatkan kes kanser perut yang tinggi disebabkan oleh corak pemakanan rakyat mereka yang suka makan makanan berjeruk dan bersalai. Peratus penyakit ini mula berkurang apabila kaedah penyimpanan makanan yang lebih selamat menggunakan peti ais diperkenalkan beberapa dekad yang lalu.

    Kanser perut juga sering menyerang golongan berusia  65 tahun ke atas dan lebih kerap terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita.


    Bagaimana Kanser Perut Dikesan?

    Seperti kanser yang lain, kanser perut boleh dikesan dengan ujian tertentu seperti  pemeriksaan endoskopik dan juga biopsi. Kanser perut biasanya mengambil masa yang lama untuk terjadi dan boleh mengambil masa hingga beberapa tahun. Pesakit mungkin mengalami beberapa tanda tetapi tanda-tanda ini juga menyerupai penyakit perut yang lain seperti peptik ulser.

    Tahap Kanser Perut
    Kesukaran untuk mengesan kanser perut di peringkat awal ini menyebabkan ramai pesakit hanya mengetahui mereka mendapat kanser ini pada tahap yang serius. Teringat cerita abang kepada kenalan Mek ila, beliau hanya disahkan menghidap kanser perut pada ketika ianya telah mencapai tahap 4.

    Antara tanda tanda yang menunjukkan pesakit mungkin mempunyai  Kanser Perut adalah seperti:

    • Masalah ketidakhadaman
    • Perut sering sakit dan pedih di hulu hati
    • Loya dan muntah
    • Sukar menelan makanan
    • Perut mudah kembung terutama selepas makan
    • Najis berwarna hitam
    • Muntah darah
    • Kurang selera makan dan kurang berat badan
    • Mudah keletihan
    • Bengkak pada bahagian perut dan kelenjar limfa

    Rawatan Kanser Perut

    Rawatan  pembedahan secara endoskopik akan dilakukan sekiranya kanser perut masih di peringkat awal. Bagi  kanser perut yang lebih besar, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian atau kesemua bahagian perut termasuk bahagian tisu yang berhampiran. Pemeriksaan pada  nodus limfa di bahagian perut juga akan dilakukan bagi melihat sekiranya sekiranya sel kanser telah merebak ke bahagian tersebut.  Rawatan akan diteruskan dengan radioterapi  dan kemoterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang masih tinggal.

    Cara Mencegah Kanser Perut Dengan Vitamin Shaklee

    Vivix adalah supplemen yang sangat bagus diambil untuk rawatan sel, pencegahan kanser dan untuk mengelakkan sel kanser kembali aktif. 4-mekanisme-vivix-anti-agingResveretrol dalam vivix terbukti secara klinikal dalam merencatkan pembentukan sel kanser. Resveretrol dipercayai dapat mencetuskan proses kematian sel kanser (apoptosis)  dalam sel badan manusia.

    Vivix Untuk Kanser

    Ingin dapatkan Vivix hari ini? Whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 402 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Kanser Perut Pembunuh Senyap- Awas Akan Tanda-Tandanya!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge