-
Murtabak JD Singapura Di Muar Yang Besar dan Glamour
Minggu lepas semasa pulang ke kampung, kami singgah di Muar kerana ada beberapa urusan. Seperti biasa hubby Mek ila memang suka menyinggah makan di tempat-tempat makan yang menarik. Kalau hari sebelumnya dah makan Nasi Ayam Hailam yang sedap, kali ni beliau teringin nak makan murtabak Singapura pula. Sebagai isteri yang penyayang, Mek ila turutkan aje, hihi.
Memandangkan sebelum itu kami dah makan tengahari di tepi sungai Muar, maka terpaksalah bungkus je murtabak ni untuk dimakan di dalam perjalanan nanti. Takde peluang nak makan panas-panas di dalam kedai.Lokasi kedai ini terletak di kawasan Tanjung Agas. Kalau pembaca nak ke sana bolehlah Waze menggunakan alamat ini ye.
Restoran Murtabak JD Singapura
No 1-4, Batu 1, Tanjung Agas, 84000 Muar , JohorSejujurnya selama ini murtabak yang biasa Mek ila makan harganya sekitar RM3-RM5 sahaja. Jadi terkejut juga bila mendengar Harga Murtabak JD ini. Unexpected, hahaha. Tapi saiz murtabak ni memang lebih besar berbanding saiz yang biasa.
Murtabak Ayam: RM11
Murtabak Daging: RM10
Selepas membuat pesanan, Mek ila mengambil kesempatan untuk melihat cara cara murtabak ini disediakan. Pada mulanya murtabak ni nampak macam murtabak biasa sahaja, tak nampak di mana specialnya. Tengok gambar atas ni, nampak biasa sahaja kan?Rupa-rupanya selepas murtabak ini garing, ianya ditambah lagi 2 biji telur yang dipecahkan ke atas murtabak dan ditabur pula dengan ketulan daging yang sangat banyak. Ha, masa ni barulah nampak apa yang specialnya pada murtabak ini. Memang meriah sangat dengan daging, berpatutan dengan harganya.
Selain murtabak yang sedap, sos murtabak ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan menjadikan murtabak JD Singapura ini bertambah sedap. Jemputlah rasa sendiri nanti ye!
(Visited 379 times, 1 visits today)Ujian Pap Smear Mampu Kesan Kanser Pangkal Rahim Rawatan Alternatif Untuk Elakkan Sel Kanser Usus Terus Merebak
3 thoughts on “Murtabak JD Singapura Di Muar Yang Besar dan Glamour”
Leave a Reply
Murtabak JD Singapura Di Muar Yang Besar dan Glamour
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Nak Buat Surprise Untuk Tersayang? Jom Tempah Pakej Bouquet Murah Dengan Kak Cla Semenyih
- Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- Cara Menempah Bilik Hotel Yang Lebih Murah Untuk Percutian Seisi Keluarga
- Cuti Cuti 2H1M di D’Majestic Place by Swiss-Garden
- Pelancaran Produk Penjagaan Wajah YOUTH Shaklee di Malaysia
Komen Terkini
- Meeda Marzuki on Biskut Raya Simple – Biskut Jejari Coklat
- Ainie on Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- nikkhazami on Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- Del Asyraf on Tips Rawat Kudis Buta Supaya Tidak Menjangkiti Orang Lain
- Mek ila Jual Vitamin on Permohonan Untuk Memasuki Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor Kini Dibuka!
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (44)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (27)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (204)
- Promosi (25)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (79)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (75)
Pelawat Sejak 18 Mac 2015
- 21,115,256
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips Penjagaan
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk Mula Scan…
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
Wow!! Best Sangat!
kalau saya sendiri pun, lagi suka murtabak yang crispy2 sikit macam ni..memang sedap
apdm recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
nampak best Murtabak ni… Tapi harganya pun boleh tahan juga yer…
Anuar recently posted…Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia
Itulah memula terkejut juga dengar harga. Tapi bila dah tahu apa yang special, harganya setanding dengan kualiti.