• Tips Penjagaan Mata Rabun dan Cara Elakkan Power Cermin Mata Naik Setiap Tahun

    Tukar cermin mata baru? Huhu, masalah ini memang sering terjadi kepada mereka yang rabun. Boleh dikatakan setiap 1-2 tahun sekali kena tukar cermin mata. Power mata pula terus meningkat dan jarang-jarang sangat turun. Mek ila dulu pun begitu, dah lah rabun, silau mata pun ada hingga menyukarkan diri untuk memandu di malam hari.

    Cara Kurangkan Rabun

    Kenapa Boleh Rabun?
    Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, kawan kawan kata rabun ni terjadi bila kita suka tengok TV dekat-dekat. Ada juga yang kata rabun ni masalah genetik. Kalau emak ayah kita rabun, ada kemungkinan anak-anak juga akan rabun.Hakikatnya rabun mata terjadi apabila  cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina. Rabun mata ini  terjadi akibat ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

    Mata Rabun

    Kredit Gambar: drhalizamutalib.blogspot.my

     

    Jenis-Jenis Rabun

    Terdapat dua jenis rabun yang biasa berlaku iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Rabun dekat pula ialah apabila penglihatan seseorang itu kabur bila melihat objek yang dekat tetapi objek jauh dapat dilihat dengan jelas.

     

    Punca Rabun Jauh

    Punca sebenar penyebab rabun jauh masih tidak diketahui namun terdapat beberapa teori yang dikatakan sebagai punca berlakunya rabun jauh. Antaranya ialah faktor keturunan. Dikatakan anak-anak akan mempunyai potensi sebanyak 40% lebih tinggi untuk mengalami rabun jauh sekiranya ibu dan ayah mereka mempunyai masalah ini. Rabun jauh juga boleh berlaku apabila seseorang kerap membaca atau melihat objek bercahaya yang bergerak seperti televisyen atau membaca buku pada jarak yang dekat.

    Rabun Jauh

    Bagi mereka yang mengalami rabun jauh, imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.

    Bagi mereka yang rabun dekat pula, imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di belakang retina. Ini menyebabkan  otot mata mereka harus bekerja kuat untuk memfokuskan objek ke atas retina.

    Rabun Dekat
    Bagi mereka yang mengalami masalah rabun jauh dan rabun dekat ini, penyelesaian yang paling mudah adalah dengan memakai cermin mata. Walaubagaimanapun penambahan power cermin mata sukar untuk dielakkan memandangkan ianya adalah proses semulajadi pada individu yang rabun. Penambahan tahap kerabunan ini dikatakan berlaku sehinggalah individu tersebut  mencapai usia dewasa di antara umur 18 hingga 25 tahun. Selepas usia itu penambahan masih berlaku sekiranya tips penjagaan mata yang betul tidak dipraktikkan.

     

    5 Tips Mudah Penjagaan Mata

    1. Rehatkan mata
    Setiap 10 minit selepas menggunakan komputer atau membaca , rehatkan mata dengan melihat objek lain seperti pokok. Fokus seketika kepada objek tersebut sekurang-kurangnya selama seminit.

    2.Elakkan Aktiviti Yang Memberi Ketegangan Pada Mata
    Kurangkan bermain permainan video atau apa sahaja aktiviti yang boleh memberi ketegangan pada mata. Hadkan aktiviti sebegini kepada tidak lebih daripada 1 jam dan hanya 2 kali seminggu.

    3. Buat Senaman Mata
    Ada banyak senaman mata yang boleh kita lakukan. Antaranya ialah menggunakan sebatang pensil atau menggerakkan mata seperti gambar di bawah.

    Senaman Mata 1

    Senaman Mata 2Credit: top10homeremedies.com

    4. Elakkan membaca atau melihat skrin komputer, telefon bimbit dalam cahaya yang samar. Dalam keadaan gelap, kita akan memaksa mata untuk  lebih fokus dan boleh menyebabkan ketegangan.

    5. Jaga pemakanan. Nutrisi yang cukup adalah penting untuk kesihatan mata. Antara makanan yang berkhasiat untuk mata ialah makanan yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C.

    Makanan Untuk Mata Sihat

    Selain itu, mereka yang rabun juga boleh mengambil Vitamin yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan mata seperti Caratomax dan Vivix. Caratomax mengandungi 5 karatenoid penting, khusus untuk penjagaan mata yang lebih sihat.

    Khasiat-2BCarotomaxRawat mata dan elakkan masalah rabun bertambah dengan Caratomax. Wasap Mek ila 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 1,588 times, 2 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Tips Penjagaan Mata Rabun dan Cara Elakkan Power Cermin Mata Naik Setiap Tahun

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge