• Ujian Pap Smear Mampu Kesan Kanser Pangkal Rahim

    Selepas kanser payudara, kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser kedua yang menyebabkan kematian paling tinggi bagi wanita. Ianya memang fakta yang menakutkan bagi wanita seperti Mek ila. Namun pemeriksaan awal melalui Pap Smear mampu menyelamatkan nyawa wanita apabila kanser ini dapat dikesan di peringkat awal.

    Namun ramai juga wanita termasuk rakan-rakan Mek ila yang menolak untuk melakukan pap smear ini. Antara alasan yang sering diberikan adalah malu dan malas untuk melakukan ujian ini.

    Ujian Kanser Serviks

    Dalam ujian ini, sedikit tisu akan diambil dari pangkal serviks. Sample ini akan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang tidak normal dan berpotensi menjadi kanser. Ujian secara berkala  dapat mengesan  sel kanser dan rawatan awal boleh diberikan. Peluang pesakit untuk sembuh juga adalah lebih cerah. Sebaliknya jika berada pada tahap yang kritikal, pembedahan untuk membuang rahim wanita perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya.

    Kenali Kanser Serviks

    Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi pada bahagian serviks. Jangkitan Virus Human Papilloma  (HPV) yang menjangkiti wanita melalui hubungan seksual membuatkan risiko untuk wanita tadi mendapat kanser serviks semakin tinggi. Ini kerana virus HPV boleh menyebabkan perubahan kepada sel di bahagian serviks dan menyebabkan perkembangan barah. Faktor yang meningkatkan risiko wanita dijangkiti HPV adalah mereka yang aktif dalam aktiviti seksual pada usia muda, mempunyai ramai pasangan, atau melakukan hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks.

    Tahap Kanser Serviks

    Penyebab kanser Serviks

    Penyebab sebenar kanser serviks masih tidak diketahui namun wanita yang berisiko tinggi adalah wanita yang:-

    • memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda
    • mempunyai pasangan seks berbilang
    • mengandung lebih dari 5 kali
    • dijangkiti kuman melalui hubungan seksual seperti virus Human Papilloma Virus (HPV)
    • kurang menjaga kebersihan anggota sulit
    • merokok
    • mempunyai sistem imun yang rendah

    Tanda Tanda Kanser Serviks

    Sekiranya pembaca mempunyai tanda tanda berikut, segeralah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    • Perdarahan yang banyak dari vagina bukan ketika period atau selepas menopause.
    • Perdarahan yang berpanjangan atau pendarahan di antara haid
    • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa mengadakan hubungan seksual
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina, berbau atau bercampur darah

    Ingat, pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa kita.

    Testimoni Kanser Serviks Dengan Vivix

    Vivix mengandungi sebatian resveratrol yang amat tinggi khasiatnya kepada kesihatan dan berfungsi untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser. Pengambilan Vivix secara berterusan sangat membantu dalam proses menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA) dan juga proses kematian sel kanser (apoptosis).

    Testimoni Kanser ServiksSaya paling sukakan Vivix. Alhamdulillah mak saya dah ambil Vivix lebih kurang 2 bulan. Kesannya amat bagus. Mak saya kena kimoterapi sebab kanser rahim tahap awal. Habis je kimo 2-3 bulan, bacaan kanser mak dah stabil. Alhamdulillah.

    Vivix Rawat Kanser  Serviks

    Ikhtiar dengan Vivix untuk rawatan pesakit kanser. Whatsapp Mek ila: 012-8943453.

    (Visited 582 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge