• Hari Sukan Little Caliphs Taman Tasik Semenyih Yang Sangat Menyeronokkan Anak-Anak!

    Pada sabtu yang lalu, Hari Sukan Tadika Little Caliphs Akmal dan Arif telah diadakan di PLPP Bangi. Memang seronok sangat mereka. Maklumlah dari awal bulan lagi, mereka dah mula buat Latihan di tadika. Balik dari tadika je mesti menyanyi lagu Tema Team mereka. Lagi best, Akmal dan Arif dalam 1 team rumah sukan yang sama, jadi bolehlah saling menyokong dan bermain bersama.

    hari-sukan-little-caliphs-taman-tasik-semenyih
    Pada tahun ini Arif dan Akmal berada dalam Team Blue. Akmal walaupun malu-malu Alhamdulillah sangat berani dan tak menangis. Bermula jam 8.15 pagi, perarakan masuk setiap Team dimulakan. Memang semua anak-anak nampak comel dan sangat bersemangat.

    hari-sukan-little-caliphs-taman-tasik-semenyih-2

    Selesai perarakan masuk, acara dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar. Seterusnya ialah acara nyanyian lagu tema bagi setiap team. Masing masing memaparkan gaya yang tersendiri ketika menyanyikan lagu tema. Masa ni bukan anak-anak je teruja, ibu ayah pun sama.

    hari-sukan-little-caliphs-taman-tasik-semenyih-2a

    Acara diteruskan lagi dengan aktiviti senaman. Memang berpeluh anak-anak. Habis je senaman, majlis berehat sebentar untuk acara sukan pula. Masa ni Mek ila dah tak sempat ambil gambar cuma ambil video sahaja. Untuk student 4 years, acara sukan mereka turut melibatkan ibu atau ayah. Memang seronok.

    akmal-dan-papa

    Habis je acara sukan, anak-anak kembali berehat sementara menanti keputusan untuk Team Rumah Sukan Terbaik. Masa ni ada juga game untuk ibu & ayah. Haha, Mek ila pun join game Tic Tac. Saja suka-suka memeriahkan lagi Hari Sukan ini.

    hari-sukan-little-caliphs-taman-tasik-semenyih-3

    Arif dan Rakan-Rakan, Tetap Happy Walaupun Keletihan

    Akhirnya keputusan pun diumumkan. Tempat Pertama dimenangi oleh Team Purple. Tempat Kedua Team Red, Tempat Ketiga Team Green dan tempat keempat Team Blue. Hihi, walaupun dapat tempat keempat, sebenarnya semua rumah adalah pemenang kan. Hadiah pun dapat juga.

    hari-sukan-little-caliphs-taman-tasik-semenyih-4

    Paling penting, tentulah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh anak-anak juga. Semoga banyak pengalaman dan perkara baru yang mereka perolehi di sini, InsyaAllah.

    (Visited 135 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Hari Sukan Little Caliphs Taman Tasik Semenyih Yang Sangat Menyeronokkan Anak-Anak!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge