• Ketahui 6 Tips Mudah Hamil Yang Mama dan Papa Perlu Praktiskan Bersama!

    Memiliki cahayamata sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Maklumlah anak-anak ini bukan sekadar menjadi penyeri tetapi juga akan menjadi pewaris kepada kita. Namun Mek ila percaya bukan semua pasangan yang berkahwin dikurniakan cahayamata dengan cepat. Ada yang terpaksa menunggu sehingga lebih daripada 10 tahun sebelum dikurniakan anak.

    tips-cepat-hamil
    Bagi yang belum berjaya, janganlah mudah berputus asa. InsyaAllah setiap usaha dan doa kita pasti akan dimakbulkan oleh Allah andai kita tidak mudah berputus asa dan terus berusaha. Usaha untuk mendapatkan anak ini pula ialah usaha bersama, maka suami dan isteri perlu sama-sama melakukan apa jua perkara yang berkaitan dengan usaha mendapatkan anak ini.

    5 Tips Hamil Dengan Cepat

    1.Lakukan Hubungan Intim Ketika Isteri Subur
    Hubungan intim perlu dilakukan ketika isteri sedang subur. Maka para isteri wajib mengetahui waktu subur mereka. Ini kerana telur yang dilepaskan daripada ovari hanya dapat bertahan kira kira 24 jam sahaja. Sperma yang dilepaskan oleh suami pula mampu bertahan di antara 48-72 jam. Secara mudah, waktu subur wanita adalah pada hari ke 14 period. Namun bagi wanita yang kitaran haidnya tidak menentu, waktu ini mungkin sedikit berubah. Maka digalakkan untuk pasangan mengadakan hubungan intim sekurang kurangnya 2 hari sekali bermula pada hari ke 12, 14 dan 16 supaya peratus untuk hamil lebih tinggi.

    waktu-subur-wanita

    2. Dapatkan Berat Badan Ideal dan Sihat
    Masalah berat badan yang tidak ideal sering dikaitkan dengan kegagalan mendapat cahayamata.  Maklumlah bila berat badan tidak ideal, hormon pun boleh menjadi kacau. Sekiranya pasangan mempunyai berat badan yang berlebihan, maka bakal mama dan papa perlulah berusaha untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai BMI yang ideal. Rajin-rajinlah bersenam dan mulakan pengambilan diet yang lebih sihat. Elakkan pengambilan makanan ringan dan tinggi gula.

    Sekiranya  terlalu kurus pula, cubalah tambahkan berat badan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat.

     

    3. Mengambil Supplemen Kesuburan.
    Pengambilan supplemen seperti Acid Folic, Vitamin E, Zinc, Minyak Ikan Omega, Vitamin C dan Vitamin B amat digalakkan oleh Pakar bagi meningkatkan kesuburan kepada pasangan. Jangan lupa, bukan hanya isteri sahaja yang perlu subur, suami juga begitu. Kemampuan menghasilkan sperma sebenarnya bukanlah petunjuk kepada kesuburan lelaki. Ini kerana sperma yang dihasilkan perlu normal dari segi  kuantiti, struktur dan pergerakannya.

    Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee ini membekalkan kesemua nutrisi yang diperlukan untuk memperbaiki dan meningkatkan kesuburan suami isteri supaya peluang isteri untuk hamil lebih tinggi dan cerah.

    set-subur-suami-isteri

     4. Berjumpa Doktor Pakar Untuk Pemeriksaan
    Selepas 6 bulan mencuba tetapi belum berhasil, segeralah berjumpa Doktor Pakar untuk pemeriksaan selanjutnya. Berjumpa Doktor pakar dapat menentukan tahap kesihatan dan kesuburan bakal mama dan papa. Sekiranya mama mengalami masalah pada sistem reproduktif yang boleh menghalang kepada kehamilan, Dr akan menyarankan rawatan yang bersesuaian.

    5. Elakkan Stress dan Amalkan Gaya Hidup Sihat
    Memang ramai yang akan bertanya tentang anak. Jangan sesekali tertekan dengan pertanyaan ini. Anggap sahaja mereka mengambil berat. Minta juga yang bertanya turut sama mendoakan supaya anda cepat dikurniakan cahayamata.

    6. Teruskan Berdoa dan Berusaha
    Anak sebenarnya adalah satu anugerah dan rezeki. Maka kita sentiasa perlu terus berusaha dan berdoa agar segala urusan dalam mendapatkan cahayamata sentiasa dipermudahkan. Antara doa yang amat bagus diamalkan ialah daripada ayat 38, Surah Ali Imran.

    doa-agar-mendapat-zuriat-yang-baik1

    InsyaAllah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang, pengambilan Supplemen kesuburan, ikhtiar dan doa mampu menjadikan impian mama dan papa untuk mendapatkan cahayamata tercapai.

     

    (Visited 93 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Tips Suami Isteri

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Ketahui 6 Tips Mudah Hamil Yang Mama dan Papa Perlu Praktiskan Bersama!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge