• Kota Aussie – Lokasi Percutian Idaman Arif Fahmi

    Sebut pasal  bab bercuti, Arif Fahmi teringin sangat nak pergi ke Australia. Kata Arif dia teringin nak petik buah epal dan main-main dengan kangaroo. Hihi, Mek ila iakan sahaja maklumlah keinginan Arif tu memang menarik, bolehlah Mek ila, Akmal Faiz dan encik hubby tumpang sekaki. Malah semanjak seorang sahabat baik berhijrah ke Melbourne baru-baru ini, keinginan nak ke Kota Aussie ni makin kuat.

    Percutian Idaman Arif Fahmi
    Kota Aussie ni memang besar, malah ianya negara ke 6 terbesar di dunia. Maka kalau pembaca semua teringin nak ke sana, kena pilih dulu bandar mana yang kita nak pergi. Antara bandar yang sering menjadi tumpuan pengunjung  ialah Sydney, Perth dan Melbourne. Jangan tak tau jarak di antara bandar bandar ini sangat jauh. Jadi kita mungkin hanya sempat ke satu bandar sahaja kecuali pembaca nak bercuti lebih lama di sana.

    Australia – Kota 4 Musim

    Selepas memilih bandar mana yang ingin kita pergi, kena pilih juga musim apa yang kita nak. Memandangkan Mek ila berhasrat untuk pergi sekeluarga bersama anak-anak dan emak dan ibu (MIL) maka kenalah pilih musim yang sesuai dengan semua. Rasanya paling sesuai dan best kalau kami pergi masa musim bunga nanti. Tak dapat nak bayangkan betapa cantiknya melihat bunga bunga berkembang di sana sini. Bolehlah bergambar di celah celah pokok bunga nanti.

    Spring Time

    Sebagai panduan pembaca, berikut adalah cuaca dan panduan musim di Australia. Manalah tahu ada yang teringin nak pergi masa musim salji ke kan?

    • Musim panas- summer – Disember hingga Februari.
    • Musim luruh – autumn-  Mac hingga Mei
    • Musim sejuk – winter – Jun hingga Ogos.
    • Musim bunga- spring – September hingga November

    Sebenarnya hasrat nak bawa emak, ibu  dan anak-anak bercuti ke luar negara ni memang dah lama jadi impian. Teringat dulu walaupun dah bayar ticket penerbangan dan sebagainya, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan kerana suami sakit masa tu. Terpaksa kami  batalkan dan redha serta percaya bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik.

    Belanja Nak Ke Australia

    Bila nak berjalan ke luar negara ni, paling penting kena buat bajet dulu. Kena survey berapa harga tiket penerbangan, visa, harga penginapan, makanan, pengangkutan dan belanja masuk ke tempat-tempat yang kita ingin pergi. Secara purata harga tiket untuk ke Melbourne adalah RM1200 seorang. Tambah dengan penginapan, makan-makan,  kos pengangkutan dan sebagainya termasuk sedikit wang belanja ianya boleh mencecah sehingga RM4000 seorang tidak termasuk belanja untuk shopping. Maksudnya paling cantik dan bagus kalau kita dapat sediakan sekurang-kurangnya RM5000 seorang untuk ke trip ini.

    Melbourne

    Oleh kerana kami ingin pergi berenam, belanja yang diperlukan adalah sekitar RM30,000.


    Bagaimana Nak Dapatkan RM30,000 ini?

    Bila ada impian, kita juga perlu ada  usaha untuk mencapainya. Bagi sesetengah orang, walaupun mereka mempunyai duit untuk melancong, tidak semua yang akan menggunakan duit simpanan tunai untuk perbelanjaan yang sebegini. Ianya tidak begitu praktikal dan kurang digalakkan kecuali kita mempunyai wang tunai melebihi 10 kali ganda daripada belanja yang diperlukan.

    Jadi cara terbaik adalah dengan mengumpul dan memperuntukkan duit setiap bulan untuk perbelanjaan di luar keperluan ini. Juga menjadikan percutian ini satu kepuasan kerana kita perlu bekerja keras untuk mencapainya. Alhamdulillah duit bonus Shaklee setiap bulan juga banyak menyumbang untuk merealisasikan impian ini.

    Jadi, doakan Mek ila berjaya menunaikan impian ini untuk musim bunga yang bakal menjelma ini ye? Lokasi percutian pembaca semula di  mana ye? Jomlah kita kongsi bersama.

    (Visited 103 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Kota Aussie – Lokasi Percutian Idaman Arif Fahmi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge