• Resepi Pizza Segera Paling Simple Yang Boleh Dibuat Di Rumah Untuk Anak Anak

    Salam semua 🙂

    Selamat berhujung minggu. Mesti hari ni semua masih di dalam mood relax dan berehat, maklumlah hujung minggu kan. Biasa cuti-cuti begini anak-anak Mek ila suka request nak makan sesuatu yang simple tapi special. Apa lagi Mek ila pun cuba-cubalah cari resepi yang simple daripada kawan-kawan.

    Resepi Pizza Segera Simple Sedap

    Resepi Pizza Segera Simple Sedap

    Untuk membuat pizza simple ini, 4 bahan utama yang diperlukan ialah:-

    1. Roti untuk pizza- Mak ila gunakan roti canai segera
    2. Sos pizza- Boleh guna sos bolognese + mayonis atau campuran sos cili & tomato
    3. Isi pizza- Mek ila guna hirisan daging ayam yang digoreng sekejap
    4. Parutan Cheese – Mek ila gunakan cheese 4 segi je sebab itu sahaja yang ada.

    4 bahan di atas tu wajib ada bagi memastikan pizza tadi menjadi. Maksudnya bila makan memang ada rasa pizza, hihi.

    Selain itu kalau ada lagi bahan-bahan di rumah, Mommy boleh tambahkan isi/ inti pizza

    1. Cili Benggala @ Capsicum
    2. Hirisan Hotdog
    3. Isi Udang
    4. Sayuran sayuran seperti cendawan butang dll

    Cara-Cara Buat Pizza Simple

    1. Keluarkan roti canai segera. Sapu dengan sos bolognese + Mayonis. Kalau nak tebal, boleh gunakan 2 keping roti canai.
    2. Taburkan isi ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Kalau ada isi lain pun taburkan sekali.
    3. Taburkan cheese. Kalau guna cheddar cheese, kita parut dan taburkan
    4. Bakar dalam oven pada suhu sekitar 180c selama 10-12 minit. Yang tiada oven, boleh gunakan pemanggang ajaib. Kalau guna kuali leper biasa, tutup pizza dengan tudung periuk semasa dibakar ye.

    Cara Buat Bizza Simple Sedap

    Dah siap, angkat, potong  dan sedia dimakan pedas pedas. Sedap hihi!

    InsyaAllah di lain masa, Mek ila kongsikan resepi roti pizza yang betul pula. Sesuai untuk mama yang ada banyak masa atau nak try buat bisness.

    Paling seronok bila anak-anak kata sedap. Sesungguhnya air tangan ibu memang terbaik walaupun simple.

     

    (Visited 3,597 times, 10 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge